Kesihatan Abdul Hadi Semakin Stabil, Pindah Ke Wad Biasa

kesihatan abdul hadi stabil

Kesihatan Abdul Hadi Semakin Stabil, Pindah Ke Wad Biasa

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kesihatan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan peningkatan selain semakin stabil.

Seperti yang dilapor Sinar Harian, Mohd Amar berkata Abdul Hadi kini ditempatkan di wad biasa dan bukan lagi di Unit Rawatan Koronari (CCU) seperti sebelum ini.

“Hari ini keadaan beliau semakin baik dan sudah dipindahkan ke wad biasa.

“Beliau bagaimanapun masih lagi dalam rawatan dan pemerhatian doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepeas dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan pihaknya juga tidak melawat Abdul Hadi susulan mahu memberi ruang untuk Ahli Parlimen Marang itu pulih.

“Semua tidak melawat, biarlah beliau rehat betul-betul dan kita doakan semoga beliau cepat sembuh,” ujarnya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Culaiman juga mengambil peluang berkongsi perkembangan kesihatan Abdul Hadi.

Beliau berkongsi mengenai perkembangan Abdul Hadi di laman Instagram miliknya pada Ahad.

“Alhamdulillah keadaan Tuan Guru makin baik, sudah pulih dan dalam pemantauan. Masa terluang diisi dengan membaca dan menulis (Tuan Guru sedang siapkan dua artikel baharu), juga berbincang hal-hal semasa.

“Tuan Guru berkirim salam kepada semua. Terima kasih atas doa dan ingatan,” katanya.

BACA: Abdul Hadi Kekal Ahli Parlimen, Mahkamah Tolak Petisyen

Kesihatan merosot sebelum Aidiladha

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi terpaksa menangguhkan program yang melibatkan beliau buat sementara waktu kerana keadaan kesihatannya yang merosot.

Walau bagaimanapun, beliau sempat menghadiri program terkahir pada Rabu lalu, ketika merasmikan jentera Pilihan Raya Dewan Pemuda (DPP).

Program itu diadakan Dewan Tok Guru, Rusila di Marang.

Walaupun sempat berucap measmikan pelancaran program itu, Abdul Hadi dilapor telah berada dalam keadaan kurang sihat dan uzur semasa program itu berlangsung.

Dalam pada itu, anak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil sempat memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada Khamis di laman Facebook beliau.

Pun begitu, nama hospital yang memberi rawatan kepada Abdul Hadi tidak didedahkan Muhammad Khalil dengan tujuan untuk mengelakkan lawatan orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Zahid Hamidi Buat Laporan Polis, Dakwa Papagomo Bohong Dan Menipu Fakta

The post Kesihatan Abdul Hadi Semakin Stabil, Pindah Ke Wad Biasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*