Kilang Di Kawasan Industri Batu Caves Dipercayai Terbakar

kilang batu caves terbakar

Kilang Di Kawasan Industri Batu Caves Dipercayai Terbakar

Tular di media sosial, satu kebakaran dipercayai melibatkan kilang di sekitar Kawasan Industri Batu Caves berhampiran Kompleks Rapid Bus Batu Caves kira-kira jam 11.47 pagi Rabu.

Dalam satu perkongsian di X, pemilik akaun @AsalGombak berkongsi satu rakaman yang memaparkan kilang tersebut mengeluarkan kepulan asap hitam.

“Dilaporkan sedang berlaku kebakaran melibatkan kilang di sekitar Kawasan Industri Batu Caves berhampiran Kompleks Rapid Bus Batu Caves.

“Punca dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi,” katanya.

Warga maya yang menyaksikan video tersebut turut berkongsi video yang diambil dari lensa kamera mereka dan rata-rata mereka memuat naik video kepulan asap hitam dari tempat yang mereka diami.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh orang awam yang berdekatan dengan kilang tersebut.

Pemilik akaun @AmeeraNzrh mendoakan agar dimudahkan urusan buat mereka yang terlibat.

“Ya allah semoga baik-baik sahaja. Tadi pergi Ayuman Suites Gombak pun nampak api terbakar dan asap banyak sangat,” memetik ciapannya.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: @AsalGombak/X

The post Kilang Di Kawasan Industri Batu Caves Dipercayai Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*