Kisah Fabrizio Romano Dan Ayat Keramat “Here We Go”

fabrizio romano here we go

Kisah Fabrizio Romano Dan Ayat Keramat “Here We Go”

Bila kita bercakap tentang jendela perpindahan pemain-pemain eropah dan sekitarnya, nama yang akan terbit di akal pemikiran para lelaki adalah Fabrizio Romano.

Siapa Fabrizio Romano ni sehinggakan semua lelaki mempercayai kata-kata jejaka budiman dari Naples, Italy ni? Umur baru 30 tahun. Ada yang komen, kalau dia kata Hari Natal jatuh pada 26 Disember pun orang percaya. Begitulah perumpaannya.

Fabrizio Romano sebenarnya adalah seorang wartawan sukan terkemuka di dunia. Jika anda peminat bola sepak dan tak kenal beliau, anda masih ‘muda’ dalam sukan bola sepak. Kenapa beliau begitu terkenal di seluruh dunia?

Fabrizio Romano - Wikipedia

Populariti beliau ni bermusim dan bukan sepanjang masa. Beliau akan jadi perhatian setiap kali musim perpindahan bermula. Sama ada perpindahan musim panas tau musim sejuk. Media sosial beliau bakal menjadi ‘kiblat’ peminat bola sepak mengetahui berita terkini tentang perpindahan pemain.

Sekali beliau berkata HERE WE GO!, itu bermakna perpindahan itu sudah sah berlaku sebelum kelab tersebut mengumumkan membeli pemain baru. Kata-kata keramat itu dinantikan peminat-peminat kelab jika menantikan seorang pemain bintang berpindah ke kelab mereka.

Fabrizio mula menulis tentang sukan sejak 2009 ketika beliau masih belajar di sekolah menengah. Karier sebagai wartawan perpindahan pemain bermula tahun 2011 selepas beliau menerima info dari ‘orang dalam’ mengenai pemain Barcelona, Mauro Icardi.

Macam SK tulis awal-awal tadi, popularitinya bermusim. Musim panas dan musim sejuk menjadikan Fabrizio manusia paling sibuk di bumi mengalahkan semua pemimpin utama dunia. Ketika jendela perpindahan berlangsung, beliau hanya boleh tidur 4 hingga 5 jam sahaja sehari.

Masa tidur beliau dari 5 pagi sampai 10 pagi waktu Itali. Mungkin waktu tu staf-staf kelab yang terlibat dengan perpindahan pemain pun lena kejap. Kalau sehari tu Fabrizio terlajak tidur, maka banyak benda dia terlepas. Begitulah rasanya. Dia pernah tweet “Sleep is overrated”.

Dia bukan sahaja mendapat info dari rumah sambil makan keropok lekor ya. Beliau akan jelajah dari satu hotel ke hotel mewah untuk bercakap dengan orang dalam kelab dan buat lebih 50 panggilan telefon sehari hubungi pengarah kelab dan agen-agen pemain untuk info sahih.

Here We Go!

Bagaimana kata-kata keramat ini bermula? Menurut Fabrizio, dia tak berapa ingat macam mana ia bermula tapi apa yang dia ingat ketika perpindahan pemain ke Manchester United. Mungkin Paul Pogba katanya. Bila orang ramai asyik tanya pasal perpindahan tu dan sah pemain itu bakal berpindah ke United, beliau kata Here We Go!

Video: Football Needs Creators Feat. Paul Pogba - adidas - The Culture  Custodian (Est. 2014.)

Peminat suka dengan ayat itu dan sehingga ke hari ini ayat keramat itu dinanti-nantikan jika ada pemain bintang nak berpindah ke mana-mana kelab. Dapat berita perpindahan bagi Fabrizio ibarat jaringkan gol penting dalam sebuah perlawanan.

Peminat Kelab Watford

Dah minatnya dalam bola sepak mesti ada satu kelab yang beliau minat. Tapi menariknya, beliau tak minat kelab gergasi eropah. Tapi beliau seorang peminat kelab Watford. Sebuah kelab yang sedang beraksi di Liga Kejuaraan (Divisyen 2 United Kingdom).

Beliau meminati Watford kerana sudah menggunakan kelab itu dalam permainan video FIFA dan Football Manager sejak umur 15 tahun. Pemilik kelab itu juga dari Itali.

Begitulah serba sedikit mengenai seorang wartawan terkenal Fabrizio Romano. Ketika artikel ini ditulis, jendela perpindahan masih terbuka. Entah berapa kilo eye-bag Fabrizio sekarang dalam menyampaikan berita sahih untuk semua tamadun bola sepak dunia.

Sumber: Daily Star, Medium

The post Kisah Fabrizio Romano Dan Ayat Keramat “Here We Go” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*