Polis Kerjasama Dengan SKMM, Siasat Ketulenan Video Ceroboh Menara Merdeka 118

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan ketulenan video tular menunjukkan sepasang individu dipercayai warga Rusia yang dikatakan menceroboh Menara Merdeka 118, pada Rabu lalu, lapor Sinar Harian.

Ekoran video tersebut tular di media sosial, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.

“Kita sedang bekerjasama dengan SKMM mengenai kesahihan dan ketulenan rakaman video yang ditularkan menerusi laman web ‘Sky Scraper City Forum.

“Kita juga sedang dapatkan pengesahan daripada Imigresen berhubung rekod keluar masuk suspek berkenaan,” ujarnya semasa ditemui wartawan Sinar Harian di lokasi Op Khas Malam Ambang Tahun Baru 2023 di Ibu Negara pada awal pagi tadi.

Difahamkan, selepas video tersebut tular,  pihaknya telah menerima satu laporan daripada pihak pengurusan menara berkenaan.

Namun, beliau juga berkata kemungkinan rakaman video tersebut telah disunting oleh pasangan kerana sistem kawalan ketat yang dilakukan di seluruh kawasan menara itu.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan bahawa sistem kawalan ketat yang dibuat di seluruh kawasan menara itu menyukarkan pihak berkenaan untuk masuk sekali gus memanjat menara berkenaan,

“Apa pun pihak polis harus menunggu hasil dari siasatan yang dibuat selepas merujuk kepada SKMM dan Imigresen,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Kerjasama Dengan SKMM, Siasat Ketulenan Video Ceroboh Menara Merdeka 118 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*