Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond, Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam

kisah bekas paderi islam

Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond, Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah S.W.T selain merupakan ‘jalan’ yang benar dan indah dalam hidup setiap manusia di muka bumi ini.

Pengorbanan dan perjuangan yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan Islam memberi inspirasi kepada umat untuk menjadi insan yang lebih baik dan percaya setiap perbuatan yang dilakukan mengikut syariat pastinya mendapat ganjaran daripada Allah.

Ibrahim Richmond, bekas paderi yang mengagumkan

Gambar: Tangkap layar video

Termasuk juga kisah orang bukan Islam yang memeluk Islam selepas diberikan petunjuk ke jalan yang benar oleh Allah, seperti kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada bekas paderi di Afrika Selatan.

Ibrahim Richmond, merupakan paderi selama 15 tahun di sebuah gereja telah mendapat sinar untuk menjalani hidupnya sebagai seorang Muslim. Selepas memeluk Islam dua bulan yang lalu, beliau diberikan peluang untuk melaksanakan ibadah haji dalam Program Haji Salman, baru-baru ini memetik Haramain.

Sebagai pemimpin paderi di gereja Corinthian Afrika Selatan, beliau memegang tanggungjawab dalam melakukan tugasan di gereja, akan tetapi masa Allah itu sangat tepat, hidupnya berubah 360 darjah selepas beliau mendapat satu mimpi yang membawanya ke jalan yang benar.

BACA: Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India, Lelaki Berjaya Tiba Di Mekah Untuk Tunai Haji

Sebab Ibrahim peluk Islam

Untuk pengetahuan, Ibrahim menjadi pemimpin untuk kumpulan yang besar, di mana gereja itu mempunyai kira-kira 100,000 pengikut. Pada satu hari yang indah, Ibrahim yang sedang tidur di bilik kecil di gereja telah didatangi satu suara di dalam tidurnya.

Ibrahim telah bermimpi suara tersebut memberi arahan supaya beliau mengarahkan ribuan pengikutnya memakai pakaian putih apabila hadir di gereja. Namun, seperti yang lain, beliau mengabaikan mimpi itu kerana berfikir ia hanyalah mainan tidur.

Walaupun beliau berusaha untuk mengabaikan mimpi itu, namun suara itu kembali lagi semasa beliau lena dibuai mimpi. Mimpi itu datang berulang kali sehingga ada satu masa ia menjadi agresif, meminta Ibrahim untuk melaksanakan perintahnya.

“Beritahu pada pengikut kamu, pakai pakaian putih semasa datang ke gereja,”

Yakin dengan firasatnya, Ibrahim mula mengorak langkah menuju ke gereja dan bersedia untuk memberitahu pengikutnya mengenai mimpi yang dialaminya. Beliau mahu pengikutnya percaya bahawa mimpi itu telah ‘menghantui’ dirinya.

Ibrahim juga mahu memaklumkan berkaitan dengan pemakaian kopiah kepada pengikutnya. Dengan izin Allah, pengikutnya menerima perkara yang disampaikan dengan hati terbuka dan tiada satu bantahan yang disuarakan.

“Apabila mesyuarat seterusnya diadakan, ribuan pengikut memakai kopiah putih di atas kepala mereka. Semua, menerima apa yang disampaikan,” cerita Ibrahim.

Apabila seorang lelaki Muslim hadir untuk memimpin lafaz syahadah, Ibrahim tidak dapat menyorokkan perasaan gembira dan mengatakan beliau sudah lama menunggunya hadir ke gereja itu.

Sebak dengan kehadiran lelaki itu, Ibrahim turut menceritakan perkara yang terjadi kepadanya. Sudah lama beliau menunggu saat tersebut, mimpi yang ditakdirkan oleh Allah, memudahkan untuknya menuju ke jalan yang benar. 

Kredit: @Alhamdhulillaah/Twitter
Kredit: @Alhamdhulillaah/Twitter

Allah tidak membiarkan Ibrahim keseorangan, malah ketika beliau melafazkan syahadah di gereja tersebut, pengikutnya juga melakukan perkara yang sama menunjukkan mereka sokong dengan tindakan beliau untuk masuk Islam.

Perkara itu sekali gus membuatkan ribuan pengikut memeluk Islam dengan hanya sekali lafaz selepas dipimpin oleh seorang lelaki Muslim. Ribuan suara menuturkan perkataan syahadah, bergema di gereja tersebut.

Dijemput lakukan ibadah haji

Kredit: @HaramainInfo/Twitter

Beberapa bulan telah berlalu, Ibrahim mendapat berita bahawa beliau akan melaksanakan ibadah haji pada tahun ini selepas berita mengenai penghijrahannya tersebar.

Ibrahim yang terharu dengan jemputan itu merasakan dirinya masih tidak layak untuk menjejakkan kaki di tanah suci tersebut.

“Saya tidak boleh pergi ke sana. Perkara ini tidak berlaku, saya tidak percaya,” tuturnya dengan terkejut.

Bagaimanapun, apabila hari keberangkatan ke tanah suci telah tiba, Ibrahim berasa teruja kerana diberi peluang untuk melawat makam Nabi Muhammad S.A.W.

Ibrahim yang mahu menjadi Muslim sejati mengatakan beliau akan mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.

“Allah adalah cahaya dalam hidup kita, saya dan semua orang. Allah merupakan cahaya di muka bumi ini. Semoga Allah memberi pengampunan kepada kita semua,” katanya.

Semoga kisah Ibrahim ini memberikan kita teladan yang baik untuk menjadi muslimat yang sejati.

Sumber: @HaramainInfo/Twitter, CDRN, @Alhamdhulillaah/Twitter

BACA: Tular Video Penunggang Sempat Brek Dari Rempuh Kereta, Ini Fakta Kelebihan Sistem ABS 

The post Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond, Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*