Lebih Lembut & Sedap, Ketahui Sebab Kenapa Orang Malaysia Lebih Suka Daging Lembu Berbanding Kerbau

Orang Malaysia suka daging lembu

Lebih Lembut & Sedap, Ketahui Sebab Kenapa Orang Malaysia Lebih Suka Daging Lembu Berbanding Kerbau

Selain hari Raya Aidilfitri, hari Raya Aidiladha atau hari Raya Korban juga merupakan salah satu perayaan dan peristiwa penting bagi umat Islam di seluruh dunia.

Menjelang hari Raya Korban beberapa hari lagi ini, pasti ramai sudah mula melakukan persiapan untuk meraikannya.

Antara yang paling ditunggu adalah aktiviti korban dan melapah di masjid-masjid yang menandakan peristiwa penting dalam meraikan sambutan tersebut.

Beberapa haiwan yang sering menjadi pilihan semasa korban sudah semestinya lembu dan kerbau bagi mereka yang berkemampuan untuk melakukan ibadah tersebut.

Selesai ibadah korban, daging akan dibahagikan kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Bagi mereka yang mendapat daging korban, pasti ramai yang menggemarkan bahagian daging yang pejal dan tidak berlemak. Kerana bahagian ini lebih kenyal dan sedap apabila dimasak mengikut menu yang digemari orang ramai seperti kari dan masak kicap.

Apabila bercakap soal daging, betul ke ramai rakyat Malaysia lebih menggemari daging lembu?

Jangan risau, penulisan pada hari ini akan berkongsikan ciri perbezaan daging kerbau dan lembu serta kenapa rakyat Malaysia lebih memilih daging lembu.

Sebelum itu, mari kita mengenali dulu ciri antara kedua-dua haiwan yang menjadi pilihan ramai semasa musim korban.

Lembu dan kerbau dipercayai berkongsi sejarah keluarga yang sama iaitu auroch. Selama bertahun-tahun, haiwan ini berkembang menjadi dua spesies berbeza dengan set subspesies dan baka mereka sendiri.

Kedua-dua lembu dan kerbau mempunyai hubungan rapat dengan manusia sejak dijinakkan ribuan tahun dahulu.

Kini, baka khusus bagi haiwan ini telah dibiakkan untuk tujuan tertentu, seperti untuk keperluan daging dan produk tenusu.

Terdapat beberapa ciri tersendiri yang dimiliki oleh lembu dan kerbau yang menjadikannya unik antara satu sama lain.

Ciri lembu

Lembu ternakan telah hidup bersama manusia selama ribuan tahun yang lalu. Pembiakan terpilih oleh manusia bagi haiwan ini telah membangunkan lembu dalam tujuan yang lebih khusus.

Hari ini, terdapat lebih 1,000 baka lembu yang diiktiraf di seluruh dunia.

Kredit BERNAMA

Lembu dibiakkan untuk tujuan yang berbeza, di mana ia berkait dengan penampilan bentuk badan mereka.

Sebagai contoh, kebanyakan lembu yang diternak untuk daging kebiasaannya lebih gempal dan mempunyai leher yang lebih pendek.

Sebaliknya, lembu tenusu lebih kurus dan bagi yang betina mereka kebiasaannya akan mempunyai puting yang lebih besar.

Warna asas lembu adalah warna hitam, merah atau putih. Mereka juga boleh mempunyai corak campuran yang berbintik-bintik.

Ciri kerbau

Bagi kerbau, haiwan ini terdapat dua jenis utama iaitu kerbau air dan kerbau tanjung yang hidup di Afrika.

Terdapat kira-kira 74 jenis baka kerbau ternakan yang berbeza. Kerbau jenis ini boleh mencapai berat sehingga satu tan dan kebiasaannya mereka berwarna hitam atau kelabu serta mempunyai jalur putih di leher.

Kredit BERNAMA

Kerbau air kebanyakannya dijinakkan, tetapi terdapat sebilangan kecil populasi yang hidup di alam liar. Kerbau ternakan cenderung lebih jinak dan senang dikawal apabila ditunggangi.

Walau bagaimanapun, kerbau liar mempunyai reputasi yang agresif dan tidak boleh diramal akan sifatnya.

Apa perbezaan antara dua daging ini?

Bagi mereka yang pakar dan sudah biasa dalam kerja-kerja melapah daging dua haiwan ini pastinya cukup tahu berkenaan perbezaan antara dua daging tersebut.

Kredit AFP

Daging lembu dan kerbau adalah sumber daging yang boleh dimakan. Kedua-dua jenis daging merah ini banyak dimakan dalam pelbagai hidangan peminat sumber protein tersebut.

Sebagai contoh hidangan ‘steak’, ia merupakan salah satu menu terkenal yang menggunakan daging merah.

Kredit AFP

Warna

Ciri pertama yang boleh diperhatikan untuk membezakan dua jenis daging tersebut menerusi warna daging berkenaan.

Walaupun pada dasarnya kedua-duanya dikelaskan sebagai daging merah dan mempunyai warna yang sama iaitu merah.

Namun jika dilihat dengan teliti, daging lembu mempunyai warna merah yang sedikit pucat berbanding daging kerbau.

Serat atau ‘fibre’

Perbezaan dari segi serat bagi kedua-dua jenis daging ini agak ketara dan jelas dapat dilihat.

Serat daging lembu cenderung licin dan nipis manakala daging kerbau mempunyai serat yang tebal dan padat. Perbezaan ini juga dapat diperhatikan menerusi sentuhan daging kedua-dua haiwan tersebut.

Tekstur

Perbezaan ketiga yang boleh dilihat ialah dari segi tekstur daging berkenaan, di mana daging lembu mempunyai tekstur yang lebih lembut manakala kerbau lebih padat dan keras.

Ini disebabkan oleh struktur serat yang padat dan tebal seterusnya menjadikan daging kerbau lebih keras.

Kredit AFP

Perbezaan tekstur ini juga akan menentukan pemprosesan memasak yang berbeza antara kedua daging tersebut.

Daging kerbau akan mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak berbanding daging lembu untuk mencapai tekstur lembut yang diingini.

Warna lemak

Jika dilihat dengan teliti, warna lemak antara kedua-dua daging ini juga berbeza, di mana lemak daging lembu kelihatan lebih keruh dengan warna kekuningan.

Manakala warna lemak kerbau cenderung berwarna putih susu cerah.

Kandungan kalori

Kandungan kalori kedua-dua jenis daging merah ini juga berbeza. Daging kerbau mempunyai kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 79 kcal bagi setiap 100 gram.

Manakala kalori daging lembu sebanyak 201 kcal bagi setiap 100 gram.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Betul ke daging kerbau lebih sihat dan menjadi pilihan ramai?

Pemproses daging yang dikenali sebagai Kerry Melrose berpendapat bahawa tahap kesihatan bagi daging merupakan kunci kepada daging ini menjadi pilihan utama.

“Dari segi lemak tepu, ia mempunyai kira-kira satu pertiga daripada apa yang ada pada daging lembu, ” kata Perry.

“Pengguna semakin sedar tentang faedah protein, dan kerbau merupakan sebuah pilihan yang tepat. Jika anda mempunyai masalah dengan daging lembu, ia merupakan satu pilihan yang baik,” tambahnya lagi.

Kredit ABC

Daging kerbau didapati lebih rendah dalam kolestrol, kalori dan lemak berbanding daging lembu. Ini telah menyebabkan penyelidik mencadangkan bahawa pengambilan daging kerbau merupakan alternatif yang lebih sihat daripada daging lembu.

Rakyat Malaysia lebih memilih daging lembu, kenapa?

Namun begitu, berbeza pula di Malaysia, apabila daging lembu lebih menjadi pilihan berbanding daging kerbau.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, daging lembu menjadi pilihan kerana ia lebih lembut dan sedap dimakan tanpa perlu memasaknya dalam tempoh yang lama.

Kredit BERNAMA

Bagi menu juadah di pagi sambutan Raya seperti rendang, kebanyakan rumah di Malaysia akan menggunakan daging lembu segar dalam hidangan mereka berbanding daging beku import.

Selain itu, penternak lembu juga pada waktu ini akan menyembelih haiwan ternakan mereka untuk dijual kerana ia lebih mendapat sambutan daripada pembeli. Sebab inilah harga kawalan bagi sekilogram daging lembu segar dijual sekitar RM38 sehingga RM40 bagi setiap sekilogram.

Hah sekarang dah tahu kan apa perbezaan antara dua daging ni? Nanti kalau dapat daging korban boleh la tilik dan teliti untuk nak tahu sama ada daging tersebut daging lembu atau kerbau.

Sumber: Petkeen, Indogal, ABC

The post Lebih Lembut & Sedap, Ketahui Sebab Kenapa Orang Malaysia Lebih Suka Daging Lembu Berbanding Kerbau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*