KKDW Bantu 1200 Usahawan Desa Kuasai Pendigitalan

KKDW Bantu 1200 Usahawan

KKDW Bantu 1200 Usahawan Desa Kuasai Pendigitalan

KOTA DAMANSARA, 26 Februari – Kementerian Kemajuan Desa Dan  Wilayah, KKDW menyasarkan 1,200 usahawan luar bandar beralih ke pendigitalan pada tahun ini. 

Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, berkata  RM1.7 juta diperuntukkan untuk memberi pendedahan secara langsung  dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah 12 modul dengan  kerjasama rakan strategik kementerian. 

“Program Pendigitalan Usahawan Desa di bawah Program Desamall ini  adalah inisiatif tambahan yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk  merapatkan jurang digital dengan membantu usahawan desa  meningkatkan produktiviti, kecekapan dan sebagai kesediaan menjalankan  perniagaan secara dalam talian selaras perkembangan teknologi terkini dan  situasi ekonomi semasa” ujarnya. 

Ramlan berkata demikian ketika merasmikan Program Pendigitalan  Usahawan Desa (PPU) Siri 1 di Kota Damansara hari ini. Program PPU  telah membantu usahawan menambahbaik operasi perniagaan selain mengembangkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti serta  kecekapan pengurusan perniagaan.  

Perkembangan positif ini direalisasikan melalui pendedahan dan latihan  mengenai aplikasi digital perniagaan terkini dan bantuan berkaitan  pendigitalan perniagaan yang diberikan KKDW dan 22 rakan strategik yang terlibat. Antaranya, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank,  Mesinkira, Fasspay, CelcomDigi, Maxis, Lalamove, ShopeeFood, Maybank  Sama-sama Lokal, Lazada, Shopee, Peasy, MyMall, Petron Malaysia, Halal  Development Corporation (HDC), IPVolusi, TikTok Shop Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDeC) dan terbaru Dattel  Sdn Bhd. 

Ia merangkumi pendigitalan kewangan, ‘point-of-sale’ atau gudang digital,  pengurusan gerbang bayaran, akses internet yang optimum, aplikasi  perkhidmatan ‘on demand’ dan platform e-dagang. Bimbingan yang lain  termasuklah peruncitan digital, route to halal, tanda dagangan, penghasilan  kandungan dan pemasaran afiliasi, peningkatan perniagaan dari taraf Nano  ke PKS serta yang terkini bagi tahun ini, solusi teknologi kecerdasan buatan  (A.I.) dan Consumer Intelligence (C.I.) dalam membantu usahawan  mengenalpasti keperluan perusahaan yang diusahakan. Secara  keseluruhan sebanyak sembilan siri program telah dilaksanakan pada  tahun 2022 dan 2023 dengan penyertaan seramai 2,524 usahawan yang  menerima manfaat daripada program ini. 

Dalam pada itu bagi memastikan pengurusan logistik dan penyimpanan  stok produk usahawan diperkemas dan diuruskan dengan lebih baik, Pentadbir Desamall iaitu syarikat eLokal Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dalam penyewaan sebuah gudang Desamall yang baharu di EmHub, Kota  Damansara, Selangor. Gudang berkeluasan 4,000 kaki persegi ini  berfungsi untuk pengumpulan dan penyimpanan stok produk usahawan  luar bandar yang menyertai Program Desamall. Gudang ini boleh  memuatkan jumlah SKU produk sehingga 80,000 bersamaan 35,000  produk pada satu-satu masa. Dalam menerapkan penggunaan teknologi  terkini, gudang ini menggunakan teknologi RFID dalam pengurusan dan  pengedaran stok. Selain sebagai hub pengedaran ke outlet-outlet Desamall yang lain, ianya juga berfungsi sebagai pusat pembelian secara on-demand bagi pelanggan-pelanggan yang berada dalam radius sehingga 10 KM dari  gudang ini. 

Desamall menyasarkan seribu produk baharu dipasarkan pada tahun ini.

KKDW Bantu 1200 Usahawan

The post KKDW Bantu 1200 Usahawan Desa Kuasai Pendigitalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*