KKM Ambil Maklum Kedai Makan Didakwa Bagi “Special Ingredient” Kepada Pelanggan

kkm special ingredient

KKM Ambil Maklum Kedai Makan Didakwa Bagi “Special Ingredient” Kepada Pelanggan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum mengenai tindakan sebuah restoran makanan barat tular baru-baru ini, yang dikatakan meletakkan ‘bahan istimewa’ dalam makanan.

Menerusi laman Twitter, KKM memetik satu ciapan yang dibuat oleh pengguna, yang memaklumkan mengenai tindakan pemilik restoran apabila seorang pencipta kandungan mengkritik makanan mereka.

Kredit: Twitter

“Seorang TikToker buat review dekat satu kedai ini. Malangnya review untuk kedai itu tidak berapa okay.

“Tengoklah apa owner kedai post di Facebook,” tulis pengguna itu.

Pengguna itu turut mengepilkan beberapa tangkap layar dan makna disebalik special ingredient.

Peka dengan keadaan sekeliling, KKM kemudiannya berkata tindakan lanjut akan diambil.

“KKM mengambil maklum dan akan menyusul sewajarnya,” katanya di Twitter pada Khamis.

Permulaan kejadian

Sebelum ini, seorang pencipta kandungan (content creator) yang terkenal dengan memberi ulasan jujur bertindak untuk mencuba makanan di restoran itu.

Restoran itu juga dikatakan terkenal dengan menghidangkan makanan yang banyak serta harga yang berpatutan.

Content creator tersebut kemudiannya mengambil peluang untuk membuat review atau mengulas mengenai makanan di restoran yang terletak di Petaling Jaya itu.

Malangnya, ulasan yang diberi terhadap makanan itu tidak berapa baik dan tahap kesedapannya adalah rendah berbanding dengan ulasan content creator yang lain.

Pihak restoran memberi tindak balas dengan mengatakan telah meletakkan ‘special ingredient‘ dalam makanan content creator itu disebabkan kritikan yang dibuat olehnya.

Kredit: Twitter

“Bila influencer ni nak datang kedai. Yang seorang sudah checkmate kena special ingredient dalam makanan.

“Hanya budak hotel sahaja tahu apa dimaksudkan special ingredient,” katanya.

Maksud special ingredient

Hantaran restoran itu di Facebook mendapat perhatian ramai dan rata-rata memaklumkan tentang maksud special ingredient itu.

Special ingredient itu kalau budak hotel maksudnya, makanan kena lu**h atau k***k. Tiada double meaning.

“Kalau ada pelanggan meroyan sedikit, makanan akan kena lu**h, air liur berk***k, ta*k hidung, kuku kaki, ta*k telinga,” tulis salah seorang komentar.

Sumber: KKM

BACA: Terus Mendunia, Khairul Aming Sebak Video Masakan Dapat Pujian Gordon Ramsay

The post KKM Ambil Maklum Kedai Makan Didakwa Bagi “Special Ingredient” Kepada Pelanggan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*