Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung – Ahmad

pemilihan umno tetap dilaksana

Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung – Ahmad

PONTIAN, 29 Jan (Bernama) — Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu.

“UMNO Bahagian yang digantung hanya Arau (Perlis) dan Tanah Merah (Kelantan) setakat ini. Pemilihan membabitkan kedua-dua bahagian ini tetap akan dilaksanakan.

Pemilihan kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian yang dilantik, seperti Datuk Rozabil Abdul Rahman dilantik sebagai Pentadbir UMNO Bahagian Arau,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.

Pada 5 Jan lepas, Majlis Tertinggi UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan akan diadakan bermula dari 1 Feb hingga 18 Mac ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: ‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan

The post Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung – Ahmad appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*