Singgah Kedai Mamak Makan Roti Canai, Kehadiran ‘Rocky Bhai’ Curi Tumpuan Ramai

Rocky bhai roti canai

Singgah Kedai Mamak Makan Roti Canai, Kehadiran ‘Rocky Bhai’ Curi Tumpuan Ramai

Sebut sahaja filem Bollywood, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menggemari filem dari negara India itu. Apatah lagi setiap filem Bollywood ini mempunyai identitinya yang tersendiri.

Antara identiti yang paling ketara ditampilkan dari filem ini adalah budaya, pakaian, makanan  dan banyak lagi.

Namun, terdapat juga rempah rasa yang menjadikan filem ini diminati ramai khusus golongan wanita dan ibu-ibu di rumah adalah tariannya.

Seperti yang diketahui, setiap filem dari negara tersebut mempunyai lebih satu tarian dan lagu yang dimainkan serentak seperti filem Dilwale, Kal Ho Naa Ho dan Khabi Kushi Khabie Gham.

Setiap filem pastinya akan dibintangi oleh satu atau dua hero yang diapit bersama heroin.

Kebanyakan filem dahulunya dilakonkan oleh pelakon seperti Shah Rukh Khan, Amir Khan, Salman Kham, Kajol, Preitty Zinta dan dan juga bintang Bollywood terbaharu, Rocky Bhai

Rocky Bhai Singgah Pekena Roti Canai

Baru-baru ini kelihatan pelakon terkenal India, Naveen Kumar Gowda atau Yash lebih dikenali sebagai Rocky Bhai singgah di salah sebuah restoran nasi kandar.

BACA JUGA: Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

Dalam video berdurasi 9 saat itu mendedahkan dia yang mengenakan jaket berwarna kelabu sewaktu berjalan melalui restoran berkenaan.

Pelakon filem KGF itu dipercayai singgah sebentar ke kedai tersebut bagi ‘pekena’ makanan jalanan nombor satu negara, roti canai.

Sewaktu berjalan keluar, dia sempat bermesra dengan peminat dengan melambai tangan meskipun dikawal rapi oleh pembantu peribadinya.

Bodyguard Rocky Bai

Dalam masa yang sama, pengawal keselamatan pelakon itu, turut mencuri tumpuan dengan mengawal kesesakan laluan keluar Rocky.

Komen Netizen

Rata-rata warganet turut melontarkan komen pertanyaan terhadap kehadiran pelakon Bollywood tersebut dan pembantu peribadinya yang mencuri tumpuan.

Rocky bhai roti canai

Rocky bhai roti canai

 

Filem K.G.F 

Kolar Gold Fields atau filem K.G.F (2018) merupakan siri filem yang dikarang oleh Prashanth Neel dan diterbitkan oleh Vijay Kiragandur.

Filem ini dibintangi oleh pelakon seperti Yash (Rocky Bhai), Srinidhi dan ramai lagi. Filem ini juga mempunyai sambungan kedua, K.G.F: Chapter 2 yang ditayangkan pada 2022.

@shivanpillay02

Rocky Bai here for Roti Canai🤘🏻🔥 #pelita #kgf #tiktokmalaysia #fyp

♬ KGF – Mix – JUst SunNy

Sumber: TikTok @shivanpally02

The post Singgah Kedai Mamak Makan Roti Canai, Kehadiran ‘Rocky Bhai’ Curi Tumpuan Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*