Warga Emas Maut Dilapor Maut, Jatuh Pokok Kelapa

Jatuh Pokok Kelapa

Warga Emas Maut Dilapor Maut, Jatuh Pokok Kelapa

Seorang warga emas dilaporkan maut selepas terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Jal Kechik semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Abdul Mutalib Hussin yang berusia 69 tahun dijumpai terbaring di tepi pokok oleh seorang pemilik kebun pada jam 10 pagi.

Seorang ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata bahawa pada hari kejadian, mangsa telah mengambil upah untuk memanjat dan mengutip buah di kebun tersebut.

“Saya terima panggilan telefon mengatakan mangsa terjatuh dan bergegas pulang dari tempat kerja.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terbaring dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba selepas dihubungi penduduk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada semalam. 

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Menurut pegawai perubatan, pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan telah membawa mayat mangsa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.

“Mayat selesai dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jal Kechik, Tumpat pada petang ini,” katanya lagi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amrah Dolah telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian selepas dihubungi oleh Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

The post Warga Emas Maut Dilapor Maut, Jatuh Pokok Kelapa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*