Klook dan Mandai Wildlife Group Berganding Bahu, Tarik Minat Pengunjung ke Taman Hidupan Liar Singapura

17 April, 2023 — Platform pelancongan tersohor Asia, Klook, dan Mandai Wildlife Group mengumumkan perkongsian strategik tiga tahun mereka pada hari ini bagi menarik minat pengunjung dan pelancong antarabangsa ke Mandai Wildlife Reserve, sebuah kawasan hidupan liar dan alam semula jadi bersepadu yang menempatkan taman hidupan liar Singapura. Dengan menggunakan kepakaran pemasaran digital dan penghasilan kandungan sosial Klook di rantau Asia-Pasifik, kerjasama ini menyasarkan golongan milennial dan Gen-Z merentasi enam pasaran utama di Australia, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Korea Selatan. 

Ini merupakan kali pertama Mandai Wildlife Group memulakan sebuah perkongsian berbilang tahun merentasi pelbagai pasaran bersama dengan Klook, salah satu agensi pelancongan dalam talian terbesar yang juga merupakan aplikasi pilihan ramai untuk pengalaman dan pelancongan menyenangkan di Asia-Pasifik. Mandai Wildlife Group dan Klook akan bersama-sama membangunkan kempen pemasaran serantau  serta menyusun pakej dan aktiviti untuk pelawat antarabangsa dan menjadikan Mandai Wildlife Reserve sebagai salah satu destinasi lawatan pilihan  di Singapura.

Encik Eric Gnock Fah, Ketua Pegawai Operasi & Pengasas Bersama di Klook berkata, “Kami cukup gembira untuk bekerjasama dengan Mandai Wildlife Group, dan menyokong objektif mereka untuk menjadikan Mandai Wildlife Reserve sebagai salah destinasi pilihan di rantau ini. Kerjasama kami mencerminkan nilai dan komitmen bersama kami terhadap pelancongan bertanggungjawab serta perlindungan bumi dan kehidupan liarnya. Dengan penyediaan kandungan sosial sebagai medium sempurna untuk mempamerkan pengalaman menakjubkan di Mandai, kami menyasarkan golongan pengembara yang lebih muda dan mengajak mereka mengalami penjelajahan baharu dan mencipta kenangan yang bermakna.”

Kerjasama yang bermula pada April 2023 ini akan dimulakan dengan kempen digital serantau bersepadu, sebuah siri pengaktifan dalam talian ke luar talian (O2O), kandungan sosial original serta tawaran baharu yang dijual secara eksklusif di platform Klook. Pengunjung taman boleh mendapatkan Mandai Klook Pass baharu dan pakej tersuai lain yang mengandungi tiket masuk bersama dengan makanan, pengalaman bersama hidupan liar, pengangkutan dan kad SIM untuk kemudahan perhubungan. Pakej ini akan mencipta pengalaman yang mudah dan lancar untuk setiap pengembara.

Cik Jean Choi, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran di Mandai Wildlife Group berkata, “Dengan pemulihan sektor pelancongan, Mandai Wildlife Group mencari cara baharu untuk menarik pelancong di rantau ini, terutamanya dari pasaran terbesar kami. Kami ingin menjadi relevan dari segi budaya dan juga bagi golongan dewasa muda yang bekerja serta para belia yang sentiasa mencari pengalaman baharu. Ini merupakan demografi pengguna utama Klook, dan ini menyediakan pelbagai sinergi untuk memacu kerjasama kami. Kempen yang dibangunkan bersama ini akan mempamerkan sisi yang berbeza bagi destinasi terbaru kami, Mandai Wildlife Reserve, dan juga selaras dengan matlamat Klook untuk memberi inspirasi dan menyediakan lebih banyak detik kegembiraan. Mandai Wildlife Group akan terus komited untuk menyediakan pengalaman yang bermakna sambil terus melancarkan taman hidupan liar dan tawaran alam semula jadi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.”

“Sebagai platform pelancongan dan pengembaraan terkemuka di Asia, kami teruja untuk memberi inspirasi dan membantu rakyat Malaysia merancang dan menempah perjalanan mereka. Ini termasuk lawatan ke tarikan menarik Mandai Wildlife Group, seperti taman hidupan liar baharu Bird Paradise, pakej eksklusif Klook dan pengalaman menarik lain. Singapura sentiasa merupakan destinasi hebat untuk keluarga yang mencari pengalaman percutian yang hebat dan kami akan terus menyediakan pengalaman terbaik untuk pelanggan kami.” kata Rachel Tan, Pengurus Besar, Klook Malaysia.

Bagi menegakkan komitmen kedua-dua syarikat terhadap aspek kemampanan, salah satu teras perkongsian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang usaha pemuliharaan hidupan liar dan mengambil tindakan ke arah gaya hidup mampan untuk kebaikan manusia, hidupan liar, alam semula jadi dan bumi kita. Pengguna juga boleh memilih pakej “Choose Good, Do Good” di mana sebahagian daripada hasil akan disalurkan ke arah usaha pemuliharaan Mandai Wildlife Group di seluruh Asia Tenggara.

Kempen besar pertama di bawah perkongsian ini akan dimulakan dengan acara menarik pada tahun ini termasuklah pembukaan “soft launch” taman burung baharu Singapura di Mandai Wildlife Reserve – Bird Paradise – pada 8 Mei 2023, ulang tahun ke-50 Zoo Singapura atau ZOObilee Emas, dan beberapa siri acara mini yang disusun khas untuk menarik dan menggalakkan pasangan muda untuk mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Mandai Wildlife Reserve. Pelawat boleh melihat senarai acara yang terperinci di platform Klook pada tahun akan datang.Klook Mandai Pass, tiket semua-dalam-satu yang merangkumi kemasukan dengan tempoh sah selama 30 hari, 2 atau 3 tarikan hidupan liar, termasuk Singapore Zoo, Singapore Night Safari, Singapore River Wonders dan Bird Paradise (akan dibuka pada 8 Mei 2023) juga akan tersedia untuk pembelian di platform Klook. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.klook.com/en-MY/activity/70278-singapore-wildlife-pass/

The post Klook dan Mandai Wildlife Group Berganding Bahu, Tarik Minat Pengunjung ke Taman Hidupan Liar Singapura appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*