Pemain Fiorentina Didakwa Palsukan Kecederaan Bantu Rakan Sepasukan Muslim Buka Puasa

pemain fiorentina palsukan kecederaan

Pemain Fiorentina Dakwa Palsukan Kecederaan Bantu Rakan Sepasukan Muslim Buka Puasa

Walaupun sekarang merupakan bulan Ramadan, tetapi ia tidak menghalang pemain beragama Islam daripada memberikan yang terbaik di padang bola sepak. 

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman klip video yang memaparkan seorang pemain bola sepak ‘memalsukan’ kecederaan semasa perlawanan Liga Itali Serie A.

Pemain Fiorentina, Luca Ranieri didakwa melakukan sedemikian untuk membantu rakan pasukannya yang beragama Islam Sofyan Amrabat, berbuka puasa.

Momen yang dikatakan menyentuh hati itu mendapat perhatian daripada penonton susulan ia menunjukkan rasa belas kasihan dan hormat terhadap seseorang yang berlainan agama, memetik Sports Brief.

Ia berlaku dalam perlawanan yang melibatkan Inter Milan dan Fiorentina di mana menjelang penghujung permainan adalah waktu bagi orang Islam untuk berbuka puasa.

Pemain pertahanan itu menyedari akan hakikat tersebut dan beliau didakwa untuk melakukan perkara yang terhormat kepada rakannya.

Namun ia dikategorikan sebagai tidak beretika mengikut piawaian bola sepak di mana beliau mengalami kecederaan menjelang penghujung perlawanan.

Semasa insiden itu berlaku, tiada pemain dilapor berada di sekelilingnya tetapi orang ramai hanya menganggap beliau mengalami kekejangan.

Kredit: @PurelyFootball/Twitter

Kemudian, kamera beralih kepada Sofyan yang merupakan pemain tengah Itali yang dilihat mengambil sebiji pisang untuk berbuka puasa.

Persekutuan Bola Sepak Itali tidak memerlukan pengadil menghentikan perlawanan pada bila-bila masa untuk pemain berbuka puasa.

BACA: Liga Perdana Diminta Benar Pemain Buka Puasa Ketika Tengah Perlawanan – Laporan

Kata-kata warga maya

Insiden yang berlaku itu sememangnya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Sesetengah daripada mereka berkata ia adalah satu kejadian yang perlu diberikan tanda hormat, namun ada juga yang mempersoalkan mengenai peraturan bola sepak.

“Daripada memalsukan kecederaan, kenapa tidak kita hentikan sebentar permainan supaya orang ramai boleh berbuka puasa?” kata Gugsa.

“Sepatutnya ada rehat ketika bulan ramadhan buat yang berpuasa seperti ini,” tambah Kachi.

Dalam pada itu, menurut ESPN hanya satu gol memisahkan kedua-dua pasukan apabila Fiorentina meraih ketiga-tiga mata hasil jaringan pemain Giacomo Boneventura pada separuh masa kedua.

Kekalahan menyebabkan Inter berada dalam bahaya, tergelincir ke tangga keempat dalam rekod.

Sumber: Sports Brief

The post Pemain Fiorentina Didakwa Palsukan Kecederaan Bantu Rakan Sepasukan Muslim Buka Puasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*