Konser ‘Sabyan Live In Malaysia’ Ogos Ini

Kumpulan Berkonsepkan Islamik Terkenal Indonesia Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Pada Ogos Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Lewat ini, sering kedengaran alunan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian yang tidak jemu didengar tatkala menghadiri majlis perkahwinan, rasmi mahupun majlis-majlis ilmu oleh kumpulan bernuansa Islamik, SABYAN.

Dianggotai 3 pemuzik berbakat dari negara seberang, Indonesia, mereka bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan konsert ‘SABYAN LIVE IN MALAYSIA’ yang bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ pada 26 Ogos 2023, jam 8:00 malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), dibawakan khas oleh pihak penganjur Paksi Jayamas Sdn. Bhd.

“Alhamdulillah kami diberikan kesempatan kali kedua mengadakan konsert di negara jiran, Malaysia kerana terdahulu, konsert tunggal pertama kami ternyata berjaya, dan kali ini akan menjadi konsert Sabyan yang jauh lebih meriah dari sebelumnya,” kata vokalis utama, Nissa.

Bermula sebagai hanya sebuah kumpulan wedding singer dengan membawakan lagu-lagu bersesuaian dengan tema dan acara, mereka memanfaatkan media sosial untuk memperkenalkan Sabyan secara meluas sehingga diterima baik penggemar muzik berkonsepkan kerohanian.

“Secara tidak langsung, kami memutuskan untuk memperjuangkan genre Islamik kerana rata-rata penggemar muzik kami suka akan karya-karya ketuhanan yang kami bawakan,” jelas Nissa.

Kini, dengan berkembangnya muzik di dunia digital, semakin utuh mempertahankan lagu-lagu yang dibawakan mereka agar anak-anak kecil serta generasi muda lebih mengenal muzik bergenre Islamik.

Tambah Nissa, “Idea di sebalik konsert ini datangnya dari pihak penganjur sendiri yang mencadangkan lokasi luar dari Kuala Lumpur iaitu negeri bersejarah, Melaka, lantas kami menyetujuinya lagi pula difahamkan bahawa kerajaan negeri Melaka kini sedang giat mempromosikan ‘Tahun Melawat Melaka 2014’.

Menurut Dato Hazman, selaku Pengarah Urusan Paksijayamas, “Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua rakan media yang sudi hadir bagi memeriahkan sidang media Sabyan Live In Malaysia pada hari ini, di sini saya juga ingin berterima kasih kepada rakan penganjur, selaku rakan pengurusan, rakan radio rasmi, HotFM, dan juga Daigor Hong Kong Muslim Restaurant, sebagai rakan sidang media.

“Jumpa nanti di konsert Sabyan dan sama-sama kita raikan Puitis Cinta Ilahi pada malam itu!”

“Malam konsert itu nanti mengangkat tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ yang dijangkakan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert.

“Setakat ini kami sudah mempersiapkan material sejak dari bulan April lagi, dengan pemilihan lagu-lagu terbaik Sabyan, beserta susunan muzik yang baharu khusus buat pengunjung konsert nanti.

Seperti yang dijanjikan, SABYAN akan memberikan yang terbaik sepanjang berlangsungnya konsert dengan kejutan bukan dari segi audio sahaja, bahkan visual istimewa buat mereka yang hadir pada malam konsert nanti.

“Kami berharap agar mana-mana penggemar muzik berlainan genre dapat hadir di konsert kami tidak kira apa jua jenis muzik yang disukai kerana muzik yang kami bawakan adalah untuk semua dan bersifat universal, semoga konsert nanti menjadi inspirasi yang bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara,” akhiri Nissa.

The post Konser ‘Sabyan Live In Malaysia’ Ogos Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*