Tiba-Tiba Sakit, Ini Yang Perlu Anda Buat Kalau Terkena ‘Simpul Biawak’

terkena 'simpul biawak'

Tiba-Tiba Sakit, Ini Yang Perlu Anda Buat Kalau Terkena ‘Simpul Biawak’

Setiap daripada kita pastinya pernah mengalami kekejangan otot atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Simpul Biawak’ dan ‘Tarik Mengkarung’.

Kebiasaannya, simpul biawak ini berlaku secara mengejut tanpa kita ketahui. Bahkan ia boleh terjadi sewaktu kita sedang berehat atau tidur hingga boleh menganggu aktiviti seharian.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh terjadi. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.

Apa Kena Buat Kalau Kena Tarik Mengkarung?

Rasanya dia kena simpul biawak!

Simpul biawak/tarik mengkarung/nyetok karung = kekejangan otot betis waktu sukan atau tidur malam

Punca

Antara punca simpul biawak termasuklah dehidrasi (kurang minum, banyak berpeluh atau kencing), kurang mineral, kurang mineral (sodium, potassium, kalsium), penat atau cedera (senam mengejut atau berlebihan).

Selain itu, faktor simpul biawak juga berlaku akibat posisi tidur (kaki tertindih atau terlipat ganggu ederan darah) dan ubat (statin, hydroclorothiazide).

Siapa mudah kena simpul biawak?

Kebiasaannya, golongan yang mudah terkena simpul biawak termasuklah pesakit diabetes kerana kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.

Disamping itu, penghidap hipotiroid juga terdedah ekoran kurang hormon tiroid akan ganggu fungsi otot. 

Seterusnya wanita hamil kerana kerap berlaku pada trimester ke-3 selain warga emas kerana penuaan jejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh. 

Terakhir adalah pesakit buah pinggang ekoran keseimbangan garam mineral terjejas. 

BACA JUGA: Bagaimana Cara Nak Elak Kejang Otot Atau ‘Cramp’ Ketika Mengayuh Basikal? Ikuti Lima Tips Ini

Kalau terkena, apa nak buat?

Sekiranya terkena simpul biawak, urut otot betis seperti tekan dengan kuat pada perut otot betis.  

Kemudian regang otot betis, duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki ke arah badan. 

Tuam otot dengan air, balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis. 

Selain itu, ambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol (Panadol).

Ambil ORS (oral rehydration salt) juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.

Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.

Semoga bermanfaat 

Sumber: Twitter Kamarul Ariffin Nor Sadan

The post Tiba-Tiba Sakit, Ini Yang Perlu Anda Buat Kalau Terkena ‘Simpul Biawak’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*