Konsert Coldplay: PM Anwar Akan Bincang Dengan Mufti

Pm coldplay mufti

Konsert Coldplay: PM Anwar Akan Bincang Dengan Mufti

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang dijadual berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau berkata hal ini memandangkan, ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa yang sama terdapat pihak lain yang menyarankan agar konsert itu dibatalkan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.

“Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan berikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan, memandangkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang turut menyarankan agar konsert berkenaan dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza, Palestin, selain bimbang insiden tidak senonoh dilakukan kumpulan pop rock dikenali sebagai The 1975 pada Julai lepas berulang.

Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

Sumber: BERNAMA 

The post Konsert Coldplay: PM Anwar Akan Bincang Dengan Mufti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*