Kos Sara Hidup Meningkat, Lelaki Miliki 102 Anak & 12 Isteri Putuskan Tak Akan Tambah Anak

Lelaki Miliki 102 Anak & 12 Isteri

Kos Sara Hidup Meningkat, Lelaki Miliki 102 Anak & 12 Isteri Putuskan Tak Akan Tambah Anak

Seorang petani Uganda yang berusia 67 tahun dilaporkan memutuskan untuk berhenti menambah ahli keluarganya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Memetik Oddity Central, Mzee Musa Hasahya merupakan salah seorang ahli poligami paling prolifik dalam sejarah kerana mempunyai 12 isteri, 102 anak serta 568 cucu.

Mengikut piawaian kampungnya di Lusaka, poligami adalah sah. Walaupun dibesarkan dalam kemiskinan yang teruk, Hasahya berjaya mengatasi masalah tersebut, mengumpul kekayaan dan dia juga telah dilantik sebagai pengerusi kampung selama beberapa dekad.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Hasahnya berkahwin dengan isteri pertamanya ketika berumur 16 tahun pada tahun 1971 dan kemudian berkahwin baru sehingga mempunyai 12 isteri.

Gambar: Avalon

Disebabkan bapanya hanya mempunyai dua orang anak, yang mengancam untuk menyebabkan puaknya pupus, petani Uganda itu mengambil tanggungjawab untuk memastikan keturunannya tidak pupus dengan mempunyai lebih 100 anak.

“Arwah bapa saya, Mwamadi Mudumba, mempunyai dua isteri tetapi hanya mempunyai dua orang anak. Ini berisiko untuk kepupusan keluarga dan puak kami,” kata Mzee Musa Hasahya kepada Uganda Monitor.

Kira-kira satu pertiga daripada anak-anak dan isteri-isterinya tinggal bersama Hasahya di rumah keluarga, manakala selebihnya pula telah berpindah dan membina keluarga mereka sendiri, lapor Oddity Central.

Walaupun Hasahya mendakwa boleh memberitahu anaknya milik isterinya yang mana, dia mengakui tidak mengenali nama semua anak di rumahnya.

“Kesemua isteri saya masak dengan cara yang sama dan tinggal bersama di rumah saya. Mudah untuk saya pantau mereka dan menghalang mereka daripada lari dengan lelaki lain di kampung ini,” katanya.

Lebih menarik lagi, anak sulungnya lebih tua 21 tahun daripada isteri mudanya, Zabina yang berusia 28 tahun. Menurut Zabina, Hasahya menjaga kesemua isterinya, meluangkan masa bersama dan tidak pernah berlaku curang dengan mereka.

Memetik Oddity Central lagi, Hasahya mengakui bahawa tidak semua sempurna dalam keluarga besarnya.

Gambar: Avalon

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan dia untuk menyediakan segala keperluan keluarganya dan ia menyebabkan separuh daripada isterinya telah meninggalkannya, kini dia hanya mempunyai enam isteri sahaja.

“Dia mempunyai wang tetapi pada empat tahun yang lalu, perniagaan lembunya merosot dan seorang demi seorang isterinya meninggalkannya,” kata Bumaru Hifunde, salah seorang anak lelaki sulung Hasahya.

Disebabkan masalah kewangan inilah Hasahya memberitahu isterinya untuk mengambil pil perancang untuk memastikan mereka tidak hamil lagi.

“Saya tidak mahu mempunyai anak lagi. Saya telah melihat keadaan kewangan yang teruk dan kini sedang mengambil pil perancang,” kata salah seorang isteri Hisahya.

Sumber: Oddity Central

The post Kos Sara Hidup Meningkat, Lelaki Miliki 102 Anak & 12 Isteri Putuskan Tak Akan Tambah Anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*