Tersalah Caj, Singapura Pulangkan Balik RM26 Juta Kutipan GST

Singapura refund kutipan GST

Tersalah Caj, Singapura Pulangkan Balik RM26 Juta Kutipan GST

Singapura dilapor akan memulangkan semula sekurang-kurangnya S$7.5 juta (RM26.5 juta) kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tersalah kutip sepanjang lima tahun lepas.

Kerajaan turut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan memaklumkan pemulangan akan dibuat kepada pembayar cukai yang terjejas.

Menurut The Straits Times Singapore, kesilapan kutipan yang berlaku melibatkan 18 perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Antara 18 jenis perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti memperbaharui lesen ejen hartanah dan memohon lesen pengendalian syarikat pemprosesan makanan.

Bayaran-bayaran untuk perkhidmatan kawal selia itu disalah anggap sebagai yuran pemprosesan oleh enam agensi kerajaan yang menguruskan perkhidmatan berkenaan.

Semua agensi yang terlibat dalam perkara tersebut terletak di bawah Kementerian Pembangunan Sosial & Keluarga.

Antara agensi yang terlibat adalah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Akibat kesilapan klasifikasi, kutipan GST telah dibuat oleh agensi-agensi berkenaan ketika orang awam membayar caj menggunakan perkhidmatan kawal selia itu.

MOF mohon maaf atas kesilapan tersebut

Menurut MOF, sebaik kesilapan itu disedari, semua agensi itu diarahkan segera menghentikan kutipan GST ke atas perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan bermula 14 Februari.

Manakala pemulangan semula akan dibuat segera berserta kadar faedah 5.5 peratus setahun.

Ujar kementerian itu lagi, setiap agensi kerajaan diarah menyimpan rekod kutipan cukai untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Justeru, kerajaan setakat ini hanya mempunyai rekod kesilapan kutipan untuk tempoh lima tahun ke belakang, bermula 1 Januari 2019.

Manakala kesilapan kutipan yang berlaku pada tahun-tahun lebih awal, pemulangan semula hanya dibuat apabila rekod kutipan tersedia.

Dalam undang-undang Singapura, GST tidak boleh dikenakan ke atas perkhidmatan kawal selia yang ditawarkan kerajaan.

Perkhidmatan kawal selia merujuk kepada perkhidmatan yang memerlukan pengesahan kerajaan.

Pengesahan itu sama ada kepada sesebuah perniagaan atau individu untuk layak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Manakala perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang dikenakan GST pula adalah seperti pengangkutan awam atau bayaran sewa untuk gerai berniaga.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: The Straits Times

The post Tersalah Caj, Singapura Pulangkan Balik RM26 Juta Kutipan GST appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*