KPM Sambut Baik Agenda Reformasi Pendidikan, Pastikan Kualiti Dimartabat

reformasi pendidikan

KPM Sambut Baik Agenda Reformasi Pendidikan, Pastikan Kualiti Dimartabat

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah diselaraskan di bawah kementerian itu dalam memastikan kualiti pendidikan negara terus dimartabatkan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata langkah itu juga selaras dengan agenda reformasi pendidikan yang sedang diterajui KPM khususnya dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Susul tindak telah disegerakan dengan penglibatan semua ketua jabatan dan bahagian dalam mesyuarat pasca Kabinet KPM pada hari ini.

“Mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur baharu ini akan diperincikan dalam tempoh terdekat bersama kementerian yang terlibat serta pemegang taruh dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadhlina reformasi pendidikan sangat signifikan dalam menjamin akses pendidikan yang berkualiti serta intervensi awal bagi menangani keciciran di peringkat prasekolah.

Pada 22 Jan lepas, Anwar menggesa supaya sistem pendidikan prasekolah di negara ini dikaji semula bagi mengelakkan kesenjangan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri prasekolah yang dikendalikan KPM perlu menyediakan kemudahan tambahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, biarpun ia bermakna kerajaan terpaksa berhadapan kos perbelanjaan baharu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Fadhlina Sidek Mahu Cikgu Intan Zulaikha Jadi Suri Teladan Rakyat Malaysia

The post KPM Sambut Baik Agenda Reformasi Pendidikan, Pastikan Kualiti Dimartabat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*