Gempa Kuat 7.4M: Taiwan, Jepun & Filipina Keluar Amaran Tsunami

gempa tsunami taiwan

Gempa Kuat 7.4M: Taiwan, Jepun & Filipina Keluar Amaran Tsunami

Satu kejadian gempa bumi kuat 7.4 magnitud dilapor menggegar kawasan pantai timur Taiwan sebentar tadi, lapor CNN.

Memetik kenyataan dari Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, pusat gempa berkenaan dikatakan terletak kira-kira 18 kilometer dari selatan bandar Hualien.

Menurut CNN lagi, susulan gempa berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan oleh beberapa negara jiran yang terletak berdekatan dengan Taiwan.

Selain Taiwan yang meminta penduduknya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Jepun dan Filipina.

Sementara itu, di media sosial, beberapa video yang dipercayai dirakam di Taiwan ketika bencana alam itu berlaku turut menjadi tular.

Antaranya video yang memaparkan beberapa buah bangunan roboh atau hampir roboh. Selain itu, turut tular adalah video yang menunjukkan kejadian tanah runtuh selepas gempa tersebut berlaku.

Sumber: CNN

The post Gempa Kuat 7.4M: Taiwan, Jepun & Filipina Keluar Amaran Tsunami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*