KPM Serah Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin RM11.5 Juta Kepada Kementerian Luar Negeri

KPM dana palestin RM11.5 Juta

KPM Serah Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin RM11.5 Juta Kepada Kementerian Luar Negeri

Putrajaya, 1 Mac – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM), YBhg Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah  mengadakan acara kunjung hormat ke atas Ketua Setiausaha  Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg Dato’ Sri Amran Mohd Zin untuk  menyerahkan cek sumbangan kutipan Dana Kemanusiaan Palestin  berjumlah RM 11.5 juta. 

Dana ini telah berjaya dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu  Solidariti Palestin yang telah dilaksanakan di semua institusi pendidikan  KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak. Sumbangan  diserahkan kepada KLN selaku Kementerian yang bertanggungjawab  menyelaras bantuan Kerajaan Malaysia kepada Palestin.  

Kedua-dua pihak turut berkesempatan bertukar pandangan berhubung  situasi terkini dan usaha yang dilaksanakan untuk membantu  menangani krisis kemanusiaan di Palestin.  

KPM sentiasa bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin serta  komited untuk mendidik murid dan seluruh warganya tentang nilai  manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan  sifat ihsan. 

 

The post KPM Serah Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin RM11.5 Juta Kepada Kementerian Luar Negeri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*