China Haramkan Import Semua Makanan Laut Dari Jepun

China makanan laut jepun

China Haramkan Import Semua Makanan Laut Dari Jepun

Kerajaan China mengambil keputusan untuk mengharamkan import semua produk akuatik termasuk makanan laut dari Jepun, lapor Euronews.

Keputusan itu diambil selepas Jepun mula melepaskan sisa air radioaktif terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut bermula semalam.

Agensi Kastam negara itu berkata, pihaknya akan ”melaraskan langkah-langkah kawalan yang berkaitan secara dinamik mengikut kesesuaian bagi mencegah risiko pelepasan sisa air radiotik kepada makanan dan kesihatan negaranya”.

Malah, China merupakan negara yang paling lantang bersuara dan mendakwa Jepun melihat lautan seperti ‘pusat kumbahan peribadinya’.

Selain China, beberapa negara jiran Jepun, seperti Korea Selatan dan Hong Kong turut menyatakan rasa kurang senang dengan keputusan tersebut.

Keputusan Jepun itu turut mendapat bantahan daripada kumpulan nelayan tempatan. Antara kebimbangan yang disuarakan adalah reputasi buruk yang bakal dihadapi dan kesukaran untuk menjual hasil tangkapan selepas ini.

BACA: Jepun Mula Lepas Sisa Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima Ke Laut Hari Ini

Bagaimanpun, kerajaan Jepun dan pengendali loji nuklear tersebut, TEPCO berkata langkah itu perlu diambil bagi memboleh proses pelupusan loji itu dapat dijalankan. Malah, keputusan itu juga dapat mengurangkan risiko tangki simpanan bocor.

Malah, mereka juga memberi jaminan bahawa proses menapis dan merawat menjadikan sisa air yang dilepaskan jauh lebih selamat berbanding piawaian yang ditetapkan. Kesan kepada alam sekitar juga berada pada tahap paling minima.

Keputusan tersebut turut mendapat kelulusan daripada badan pemantau berkaitan nuklear antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Namun begitu, beberapa kumpulan saintis menegaskan kesan jangka panjang daripada aktiviti radioaktif dos rendah yang berada di dalam air tetap perlu diberi perhatian.

Tsunami 2011 menggoncang Jepun

Pada 2011, satu insiden tsunami yang terhasil akibat gempa bumi berkekuatan 9.0 magnitud telah melanda tiga reaktor di Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi.

Peristiwa tersebut dianggap sebagai insiden nuklear terburuk di dunia selepas insiden Chernobyl yang berlaku pada 1986.

Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa menubuhkan zon pengecualian yang terus diperluaskan apabila radiasi bocor dari loji itu, memaksa lebih 150,000 orang berpindah dari kawasan itu.

BACA: Kenapa Doktor Gigi Dipanggil Bantu Siasat Kemalangan Pesawat Terhempas? Ini Jawapannya

Sumber: Euronews

The post China Haramkan Import Semua Makanan Laut Dari Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*