Minum Susu Kuda, Fadlan Hazim Lalui Ujian Kejantanan Sebelum Bergelar Suami Wanita Kazakhstan

susu kuda fadlan

Minum Susu Kuda, Fadlan Hazim Lalui Ujian Kejantanan Sebelum Bergelar Suami Wanita Kazakhstan

Pelakon Fadlan Hazim berkongsi pengalaman menakjubkan melalui beberapa ujian kejantanan sebelum bergelar suami kepada wanita bernama Aiya Mukhamedsalova yang berasal dari Kazakhstan.

Menerusi satu temu bual bersama Gempak, Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anuwar berkata salah satu ujian yang dihadapinya ialah meminum susu kuda dan mendaki gunung.

Fadlan memaklumkan dia melawati negara itu secara berseorangan dan ujian tersebut merupakan budaya yang dilakukan oleh keluarga isterinya sebelum melayakkan diri berkahwin.

“Sepanjang saya berada sana, saya melalui beberapa ujian. Sebab dekat sana, budaya mereka kalau lelaki nak kahwin dengan anak perempuan mereka memang kena lalui beberapa ujian untuk melihat kejantanan.

“Mereka bawa saya daki gunung tanpa memakai baju sejuk sedangkan ketika itu suhu dalam 4 ke 5 darjah celcius. Masa daki itu, mereka sangat laju… macam berlari tapi sebenarnya berjalan.

“Selain itu, saya kena tunggang kuda depan ahli keluarganya. Saya beritahu Aiya, memang pernah bawa kuda tapi sekadar untuk berlakon saja. Tapi Aiya kata saya kena tunjuk depan keluarganya yang soya boleh tunggang kuda dengan balk.

“Antara ujian lain, saya kena jalan atas papan yang ada paku kecil-kecil dan minum susu kuda yang agak pahit juga la. Ikutkan saya tak tahu semua itu ada ujian untuk saya. Dah nak balik Malaysia itu baru Aiya beritahu saya lulus semua ujian” ujarnya.

Sah bergelar suami

Semalam, Fadlan selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Aiya dengan hanya sekali lafaz.

Lapor Sinar Harian, kira-kira 10.27 pagi majlis dijalankan, pelakon tersebut melafazkan akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Difahamkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pengantin.

Fadlan menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan lima dulang hantaran. Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan oleh pasangan tersebut.

BACA: Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri

Bertunang pada Oktober 2022

Sebelum ini, pada 1 Oktober tahun lalu, Fadlan dan Aiya mengikat tali pertunangan mereka berdua.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga menjelaskan telah mempersiapkan lamaran dalam bahasa Rusia memandangkan keluarga Aiya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, pada 1 Oktober tahun lalu saya sudah mengikat tali pertunangan dengan Aiya di kediamannya yang terletak di Kazakhstan.

“Sejujurnya agak gementar juga la sebab seorang diri saja. Lagipun keluarga tunang saya tak boleh cakap Inggeris. Jadi, sebelum itu saya google translate ayat dalam bahasa Rusia untuk melamarnya di hadapan keluarganya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Minum Susu Kuda, Fadlan Hazim Lalui Ujian Kejantanan Sebelum Bergelar Suami Wanita Kazakhstan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*