Krew Festival K-Pop Maut, Terkena Tembakan “Water Jet”

krew festival maut water jet

Krew Festival K-Pop Maut, Terkena Tembakan “Water Jet”

Seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja di set festival muzik Waterbomb maut selepas terkena tembakan jet air semasa latihan pada pagi 14 Julai lalu.

Memetik Mothership, lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri di sebelah jet air dan disahkan meninggal dunia di hospital kira-kira sejam selepas mengalami kecederaan di kepala.

Mesin itu sedang beroperasi pada masa itu dan seorang lagi pekerja telah menyaksikan mangsa melihat ke dalam silinder yang menyembur air tersebut, kata polis.

Mengalami kecederaan otak akibat semburan air

Jet air itu dikatakan terletak di bahagian bawah pentas dan direka untuk menghujani air ke arah penonton. Kelajuan air yang dipancarkan didakwa sehingga 120kmj.

Sementara itu, pihak polis masih menyiasat kejadian itu dan ia disyaki berlaku akibat kecuaian profesional yang menyebabkan kematian.

Waterbomb ialah sebuah festival muzik global yang bakal membuat beberapa persinggahan di bandar-bandar di Korea dan Jepun.

Festival itu terkenal dengan perlawanan air dan meriam air yang membasahi para penonton dan artis semasa persembahan.

Sebahagian daripada barisan artis termasuk bintang besar seperti Nichkhun dari 2PM dan Jun. K, Mamamoo+, Got7’s Yugyeom dan Daesung dari Big Bang.

Ekoran kejadian maut itu, Waterbomb Jepun telah bertindak mengumumkan pembatalan acara itu dalam hantaran ciapan mereka di Twitter pada semalam.

Ciapan itu berkata bahawa kemalangan itu berlaku semasa pembinaan tempat itu.  Mereka juga menambah bahawa acara itu akan dibatalkan memandangkan kemalangan itu serius.

BACA: Ramai Tak Tahu, Sazali Samad Perjelas Perbezaan Antara Gelaran Mr. Universe & Mr. Olympia

Selain itu, pihak penganjur juga telah memohon maaf atas kesulitan tersebut dan berkata bahawa pihaknya akan mengambil langkah untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Tiket bagi acara di Osaka tersebut juga akan dikembalikan sepenuhya, tambah kenyataan itu lagi.

Bagi festival di Tokyo dan Nagoya yang ditetapkan pada dua minggu akan datang, tiada sebarang pengumuman yang dibuat berhubung festival tersebut.

Sumber: Mothership

The post Krew Festival K-Pop Maut, Terkena Tembakan “Water Jet” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*