Kucing Selera T20, Netizen ‘Rayu’ PM Perkenal ‘Menu Rahmeow’

menu rahmeow

Kucing Selera T20, Netizen ‘Rayu’ PM Perkenal ‘Menu Rahmeow’

Buat rakyat Malaysia, pelaksanaan Menu Rahmah dilihat kena dengan masanya dan mampu mengurangkan beban perbelanjaan mereka yang berpendapatan rendah.

Hidangan yang mengandungi porsi nasi, sumber protein (ayam, ikan, daging dan sebagainya) dan sayuran ini dilihat lengkap dan boleh didapati pada harga sekitar RM5 sahaja.

Pelaksanaan inisiatif Rahmah ini juga khabarnya akan diperluas ke beberapa sektor lain seperti perubatan, barangan keperluan seharian dan lain-lain.

Namun begitu, dikala Menu Rahmah hanya memberi manfaat kepada manusia, sebenarnya kos-kos makanan ‘bukan manusia’ juga meningkat naik. Tepat lagi, kelelahan yang dihadapi pecinta haiwan untuk menyediakan makanan berkualiti buat haiwan peliharaan masing-masing.

Perkenal Menu Rahmeow, rayu netizen kepada PM

Maka tak hairanlah, warga maya khususnya pecinta haiwan secara berseloroh meminta Perdana Menteri turut menyediakan Menu Rahmah untuk haiwan peliharaan pula.

Mungkin untuk pertimbangan Perdana Menteri kita, ‘Menu Rahmeow’ boleh diperkenalkan nanti, menurut cadangan yang dikemukakan oleh salah seorang pengguna maya.

Rata-rata mereka memaklumkan harga makanan haiwan peliharaan menjadi semakin mahal dari masa ke masa.

Seorang pengguna Twitter menunjukkan harga makanan kucing yang mencecah sehingga RM332.00 untuk 10 kilogram sahaja.

Secara umumnya, makanan haiwan peliharaan yang berkualiti tinggi biasanya memiliki harga yang lebih mahal berbanding makanan yang dijual secara pukal.

Seperti manusia, kadang-kala si bulu ini juga boleh jadi kucing pemilih, hanya menjamah makanan tertentu sahaja. Manakala ‘tertentu’ itu biasanya adalah makanan yang mahal-mahal.

Itu belum dikira haiwan peliharaan yang memerlukan diet tertentu atau menghidap penyakit kronik, jadi kos makanan boleh terus meningkat.

‘Rayu’ PM perkenal ‘Menu Rahmeow’

Jadi, tak salah juga sekiranya idea yang mungkin kelihatan bersahaja ini diberi perhatian serius oleh kerajaan di masa hadapan.

Selain pencinta kucing, cadangan inisiatif Menu Rahmeow turut disokong oleh pemilik haiwan peliharaan lain di Malaysia seperti anjing dan lain-lain.

Cadangan pelepasan cukai ‘haiwan kesayangan’

Dalam pada itu, dalam bebenang yang sama, seorang pengguna Twitter meminta agar kerajaan mewujudkan pelepasan cukai ‘haiwan kesayangan’. Pelepasan itu boleh diberikan kepada mereka yang membeli makanan dan keperluan untuk haiwan peliharaan.

“Tak dapat banyak sikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapatlah manusia dan haiwan berkongsi rezeki.

“Orang yang tak bela kucing pun boleh beli makanan dan menyumbang untuk stray cats/dogs,”

Ciapan tersebut disertai dengan luahan hati pengguna terbabit mengenai kos penjagaan haiwan peliharaan yang mahal dan tidak diberikan subsidi.

 

“Harapan saya semoga satu masa nanti pelepasan sebegini diadakan oleh kerajaan bagi memberi galakan kepada kita semua untuk membuat lebih kebajikan kepada haiwan, tidak kira sama ada haiwan peliharaan mahupun haiwan jalanan.

“Haiwan juga makhluk Tuhan, layak dikasihi dan disantuni.” tulis pengguna tersebut.

BACA: Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU

Sumber: @LOLsusaho via Twitter

The post Kucing Selera T20, Netizen ‘Rayu’ PM Perkenal ‘Menu Rahmeow’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*