India Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin

india bantuan palestin

India Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin

KUALA LUMPUR, (Bernama) — India menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin berikutan pertempuran terkini, menurut Kementerian Luar India pada Ahad.

Pesawat Tentera Udara India yang membawa bekalan bantuan itu berlepas dari pangkalan udara Hindon, menuju ke lapangan terbang El-Arish Mesir.

“Pakej bantuan itu, termasuk bekalan perubatan dan barangan bantuan lain seperti khemah, beg tidur, kain, kit kebersihan diri dan tablet penulenan air,” menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.

Pada 19 Okt, Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Dalam perbualan telefon itu Modi mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa orang awam di Hospital Arab Al Ahli di Gaza.

Modi turut menyuarakan kebimbangan dengan keadaan keselamatan di rantau itu dan memberi jaminan India akan terus memberikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Sementara itu, Mahmoud menghargai sokongan dan pendirian India.

Turkiye Hantar 20 Doktor Pakar Ke Gaza

Sebelum ini, Turkiye telah dilapor akan menghantar seramai 20 orang doktor pakar ke Semenanjung Gaza dalam usaha menyalurkan bantuan perubatan dan kesihatan ke zon konflik itu.

Menteri Kesihatan Turkiye, Dr. Fahrettin Koca berkata, ‘skuad perubatan’ tersebut dihantar bersama bantuan serta bekalan perubatan menerusi pesawat yang diterbangkan ke Mesir semalam.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Mesir, Khaled Abdel Ghaffar.

“Pasukan pakar kami seramai 20 orang bersama pihak Kerajaan Mesir akan mengenal pasti keperluan ubat-ubatan, bahan serta peralatan perubatan yang diperlukan oleh warga di Gaza.

“Pasukan kami juga turut akan melakukan kerja-kerja kebolehlaksanaan bagi hospital medan kami di Lapangan Terbang El-Arish dan Pintu Sempadan Rafah, selaras dengan perancangan pihak Kementerian Kesihatan Mesir,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: US Hantar Armada Laut Ke Mediterranean, Tanda Respon Serangan Hamas Ke Atas Israel

The post India Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*