THA72 juara Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi

LANGKAWI – Perlumbaan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2023 melabuhkan tirainya hari ini dengan pasukan THA72 muncul juara dalam kelas Racing yang merupakan kelas utama bagi kejohanan tersebut.

Pegawai Utama Kejohanan, Simon James berkata, pasukan tersebut dikemudikan oleh Nappakao Poonpat dan Kevin Whitcraft dari Thailand menewaskan pasukan Uranus daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dikemudi oleh Mohd Zaidey Bahadun.

Beliau berkata, THA72 berjaya menewaskan Uranus dalam lima perlumbaan yang diadakan sepanjang empat hari kejohanan.

“Semua usaha telah dilakukan tetapi kita tidak mendapat angin yang mencukupi bagi mengadakan perlumbaan pada hari ini.

“Daripada lima hari perlumbaan, kita cuma dapat melakukan perlumbaan selama tiga hari sahaja iaitu pada Selasa, Khamis dan Jumaat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, empat pasukan daripada kelas Sportsboats terpaksa akur kepada kemenangan pasukan RSYC yang mengungguli kesemua empat perlumbaan dalam kelas tersebut.

Tambahnya, kelas Multihull pula dimenangi oleh Twin Sharks yang mengalahkan lima pasukan lain dalam empat perlumbaan bagi kelas itu.

Seterusnya, bagi kelas Club, lima pasukan berentap dalam tiga perlumbaan dan dimenangi oleh pasukan Marikh yang dikemudikan oleh Jamil Ahmad Urayah.

Sementara itu, bagi kelas IRC 1 pula sebanyak empat perlumbaan diadakan dan pasukan Mata Hari muncul sebagai juara kelas tersebut buat kali keenam dikemudikan oleh Vincent Chan menewaskan enam pasukan yang bersaing dengannya.

“Kami rasa sedikit kecewa dengan keadaan angin yang tidak begitu baik dan tidak dapat melakukan lebih banyak perlumbaan.

“Bagaimanapun kami akan kembali pada tahun hadapan, dan kami berharap lebih ramai pasukan akan menyertai kejohanan ini dan keadaan angin juga adalah lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post THA72 juara Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*