La Nina Dijangka Akan Berterusan Hingga Februari Ini – MetMalaysia

La Nina Dijangka Akan Berterusan Hingga Februari Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini telah memaklumkan dalam satu kenyataan berhubung fenomena La Nina yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga Februari 2023.

Menerusi kenyataan tersebut, tinjauan itu dibuat berdasarkan penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI).

“Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan ENSO adalah La Nina.

“Keadaan La Nina yang sedang berlaku ini dijangka akan berterusan sehinga Februari 2023 dengan kebarangkalian 50%.

“Oceanic Nino Indeks (ONI) terkini anomali purata suhu permukaan laut bagi September, Oktober, November 2022 adalah -1.0 darjah Celcius.

“Anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan Nino 3.4 pada 19 Disember 2022 adalah -0.9 darjah Celcius, manakala anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan lain adalah -0.1 darjah Celcius (di Niño 1+2), -0.9 darjah Celcius (di Niño 3) dan -0.6 darjah Celcius (di Niño 4).” jelas jabatan tersebut dalam kenyataan hari ini.

Malah, pihaknya turut menambah bahawa negara kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula pada 7 November 2022 dan dijangkakan berakhir pada bulan Mac 2023.

“Semasa tempoh MTL, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam. Sepanjang MTL 2022-2023, empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut China Selatan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.

Bagi bulan Januari 2023, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu 50mm hingga 400mm.

Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 250mm hingga 800mm.

Manakala di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kebanyakan kawasan dijangkakan akan menerima hujan pada paras purata iaitu dari 100mm hingga 300mm kecuali di Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 450mm hingga 600mm.

Seterusnya, pada bulan Februari 2023, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras puratanya iaitu dari tiada hujan hingga 250mm.

Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 600mm kecuali di Kuching yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 300mm hingga 400mm.

Manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu sekitar 50mm hingga 350mm kecuali di Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 200mm hingga 400mm.

Pada bulan Mac 2023, Met Malaysia memaklumkan bahawa negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu dari 100mm hingga 350mm.

Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 450mm kecuali di Kuching yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 200mm hingga 270mm.

Manakala bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan pada paras puratanya iaitu sekitar 50mm hingga 350mm kecuali di Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 150mm hinga 250mm.

Bagaimanapun, Met Malaysia menjelaskan bahawa pada bulan April 2023, negara dijangka akan berada dalam fasa Peralihan Monsun.

“Pada bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu dari 50mm hinga 400mm.

“Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 400mm, kecuali di Kuching dan Betong yang dijangkakan menerima hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 150mm hingga 250mm.

“Manakala Sabah dan W.P Labuan pula dijangkakan akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu sekitar 100mm hingga 250mm,” jelas jabatan itu.

Selain itu, pada bulan Mei 2023, keadaan cuaca negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September.

Menurut Met Malaysia, dalam tempoh ini, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka akan berkurangan, malah kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

 

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: Met Malaysia

The post La Nina Dijangka Akan Berterusan Hingga Februari Ini – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*