Lagu Baby Shark Versi Arab Seakan Berqasidah Buat Ramai Terhibur

Baby Shark versi arab

Lagu Baby Shark Versi Arab Seakan Berqasidah Buat Ramai Terhibur

Sebuah lagu kanak-kanak Baby Shark yang pernah menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu menjadi tular kembali selepas ia dinyanyikan semula dalam versi lenggok Arab.

Lagu Baby Shark merupakan sebuah lagu kanak-kanak yang dipopularkan oleh Pinkfong, sebuah syarikat daripada Korea Selatan sejak 2015 yang lalu.

Lagu ini telah menjadi lagu kanak-kanak yang paling banyak di main di YouTube dan fenomenanya bertahan sehingga kini.

Kini lagu ini telah dialih dalam pelbagai bahasa, versi dan susunan mengikut kesesuaian negara-negara di seluruh dunia.

Namun lagu Baby Shark versi Arab yang lain daripada lain ini telah menjadi tular di media sosial TikTok.

Memetik Liputan6, perkongsian terbaru itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @danitrnc.

Berdasarkan perkongsian itu, jelas kedengaran pelantun lagu itu yang menyanyikan lagu tersebut menggunakan ‘slang’ Arab. Malah lagu itu juga kedengaran seperti lelaki itu sedang berqasidah.

Kredit TikTok

Perkongsian itu juga telah mendapat komen dan reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Baru ‘scroll’ TikTok sudah tiga kali aku lihat Baby Shark Qosidah ini,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ini kesan tarian perut di Padang Arab,” tulis seorang lagi.

“Lagu ini terngiang-ngiang di telinga,” tulis seorang lagi pengguna yang menghayati lagu versi terbaru tersebut.

@danitrnc

manele pt copii morrrr

♬ baby shark manea – dani

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Ular Sakan ‘Gelek’ Dengar Lagu

Baru-baru ini tular seekor ular seolah-olah menari dan berjoget sewaktu mendengar radio setelah ia mengeluarkan bunyi muzik.

Dalam video yang dimuat naik oleh @nanii0293 memaparkan sebuah radio yang berada di atas meja.

Pada masa yang sama, terdapat seekor ular berbadan agak kecil menjenguk di sebelah barangan elektrik tersebut.

Anehnya, haiwan berkenaan pada awalnya berada dalam keadaan kaku sebelum gajet itu mengeluarkan muzik. Selepas itu, ular berkenaan secara tiba-tiba seperti mengikut rentak dan irama muzik berkenaan.

Reptilia itu menggerakkan badannya seperti ke kiri dan ke kanan sambil badannya semakin “berombak” pada bahagian kepala.

Sumber: Liputan6, TikTok

The post Lagu Baby Shark Versi Arab Seakan Berqasidah Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*