Lagu Kembali Dimainkan, Ini Keadaan Terkini Vokalis Elkasih

keadaan vokalis elkasih

Lagu Kembali Dimainkan, Ini Keadaan Terkini Vokalis Elkasih

Baru-baru ini, sebuah lagu lama bertajuk Kau Tigakan Cintaku kembali menjadi lagu pilihan ramai susulan pengguna di TikTok kerap menggunakan lagu tersebut untuk menceritakan kisah mereka.

Lagu nyanyian band Indonesia, Elkasih itu dikeluarkan pada tahun 2008 dan pada tahun ini, ia masih lagi didengari ramai disebabkan bait-bait lirik tersebut mempunyai makna yang tersurat.

Bagaimanapun, sebelum ini, satu video yang menyayat hati telah tular memaparkan keadaan terkini vokalis band tersebut, El Ibnu yang dipercayai mengalami strok sejak tahun 2015.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @andhika_prata02, ia menunjukkan El Ibnu atau nama sebenarnya Noventino Budi Lesmana sedang duduk di kerusi roda ketika kenalannya menyanyikan lagu hit kumpulannya.

Kredit: @andhika_prata02/TikTok

Dalam video tersebut, vokalis itu dikelilingi oleh orang ramai yang menyanyikan korus lagu perdananya sementara dia duduk di kerusi roda menghadap mereka.

Biarpun tubuh badannya tidak seperti dahulu, namun penyanyi tersebut dilihat memahami apa yang dikatakan oleh mereka yang berada di sekelilingnya.

Menerusi video pendek itu juga, El Ibnu kelihatan menangis dan sedang dipujuk oleh rakan-rakannya.

Kredit: @andhika_prata02/TikTok

BACA: “Kami Cuma Bercakap Ringkas” Mizz Nina Kongsi Kisah Pertemuan Pertama Dengan Suami

Kejadian terkena strok

Memetik Kompas.com, kejadian yang mengubah hidupnya bermula ketika El Ibnu bersama kumpulannya hendak melakukan persembahan pertama di Maghribi. 

Secara tiba-tiba, El Ibnu diserang angin ahmar yang memerlukan dia dirawat di hospital di Maghribi dan setelah diubati pakar, dia disahkan telah mengalami strok.

Kredit: Tribun News

Difahamkan juga, itu adalah kali pertama penyanyi berusia 45 tahun itu mengalami strok dalam hidupnya.

Selepas keadaannya menunjukkan peningkatan positif, El Ibnu kembali ke Indonesia untuk menjalani rawatan tradisional selanjutnya.

Apabila menerima rawatan yang berterusan, keadaan El Ibju telah bertambah baik dan dia boleh kembali untuk bekerja sebagai penghibur.

Namun setelah beberapa lama, El Ibnu mengalami strok untuk kali kedua di bahagian kiri dan pada tahun 2016 penyakit itu menyerangnya kembali.

Penyakit strok itu memaksa El Ibnu duduk di kerusi roda kerana separuh badannya lumpuh.

Semasa bergelut dengan penyakitnya, isterinya telah memutuskan untuk bercerai dan meninggalkannya dengan membawa dua anaknya.

@andhika_prata02

Beginilah NASIP vokalis EL-KASIH saat ini, #fyp #fypシ #viral #elkasih

♬ suara asli – 𝓐𝓷𝓭𝓱𝓲𝓴𝓪   – 𝓐𝓷𝓭𝓱𝓲𝓴𝓪  💥

Sumber: @andhika_prata02/TikTok, Kompas.com

The post Lagu Kembali Dimainkan, Ini Keadaan Terkini Vokalis Elkasih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*