20 Ekor Kucing Ditemui Terbiar Dalam Rumah, Terpaksa Minum Air Kumbahan

Kucing minum air kumbahan

20 Ekor Kucing Ditemui Terbiar Dalam Rumah, Terpaksa Minum Air Kumbahan

Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA) berjaya menyelamatkan 20 ekor kucing yang ditemui dalam keadaan teruk di sebuah flat di Bukit Merah, Singapura.

Perkara itu dikongsikan oleh SPCA menerusi hantaran Instagram mereka pada 18 Ogos lalu.

Paip kumbahan di rumah tersebut dikatakan telah pecah lapan hari sebelum kes itu dilaporkan kepada CWS.

Hasil daripada paip kumbahan yang bocor itu, air kumbahan telah memenuhi ruangan di dalam flat tersebut.

Pemilik 20 ekor kucing itu telah meninggalkan haiwan peliharaannya termasuk seekor anak kucing untuk menyelamatkan diri mereka.

Kedua-dua pasukan itu bergegas ke rumah tersebut dan diberikan akses ke unit itu pada lewat tengah malam.

Menurut SPCA, lantai unit itu dipenuhi dengan sisa kumbahan manusia.

Beberapa ekor kucing didapati sedang meminum cecair kotor dari paip yang bocor tersebut.

Dua ekor kucing ditemui dikurung dan yang selebihnya ditinggalkan tanpa diberikan air bersih selama lebih daripada seminggu.

Pihak berkuasa telah dimaklumkan dengan segera supaya membawa kucing-kucing itu untuk rawatan perubatan.

SPCA berkata, kucing-kucing itu berisiko kekurangan zat makanan dan keracunan kesan daripada toksin dalam najis manusia.

Tambah mereka, kucing-kucing itu juga mungkin diancam bahaya sekiranya organisasi tersebut tidak mengurusnya tepat pada masanya.

Pengarah Eksekutif SPCA, Aarthi Sankar memberitahu Mothership bahawa kucing-kucing itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa.

“Setelah lulus semua pemeriksan kesihatan, kami komited untuk menyokong pihak berkuasa dengan penempatan semula mereka,” kata Sankar.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menurut Sankar lagi, kesemua kucing itu tidak dikembiri atau dipasangkan cip oleh pemiliknya.

Sebagai tindak balas, Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara (NParks) mengesahkan bahawa kesemua kucing itu kini berada di agensi itu.

“AVS mengambil serius semua kes yang berkaitan dengan kebajikan haiwan dan menyiasat semua maklum balas yang diterima.

Kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang perlu dan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang tidak memberikan penjagaan terhadap haiwan kesayangan mereka,” kata Jessica Kwok, Pengarah AVS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPCA Singapore (@spcasingapore)

Sumber: Mothership

The post 20 Ekor Kucing Ditemui Terbiar Dalam Rumah, Terpaksa Minum Air Kumbahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*