Laju Ja Siap, Ini Hasil Bila Abang Askar ‘Gempur’ Rumah Orang Awam

Tentera Malaysia

Tanggungjawab penting Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘frontliner’ memang tidak dapat kita nak sangkal. Boleh dikatakan, mereka ini antara pasukan yang terawal diberi tanggungjawab menjaga keamanan negara.

Namun, selain berperang, ATM ada juga buat aktiviti dengan masyarakat Malaysia.

Contohnya, mereka melakukan aktiviti bergotong-royong bersihkan masjid bersama rakyat, beri bantuan pemeriksaan kesihatan dan yang paling kita tak sangka ialah bantu ‘renovate’ rumah rakyat yang memerlukan.

Bukan korang tak tahu, ada di antara kita mungkin rumahnya sudah semakin usang dimakan usia tapi kurang mampu untuk buat yang baru.

Dan di sinilah kita boleh nampak peranan ATM dalam memberikan khidmat kepada orang awam yang memerlukan.

Bukan nak cakap apa, tapi bila abang askar dah mula ‘gempur’ rumah orang awam, daripada uzur terus nampak macam baru!

Namun di sebalik semua bantuan yang dihulurkan, timbul satu persoalan mengapa abang-abang askar ni diberikan tugasan seperti ini? Bukankah mereka sepatutnya mempertahankan negara kita sahaja?

Program CIMIC Beri Khidmat ATM Kepada Rakyat

Kalau korang nak tahu, abang-abang askar ni semuanya bertindak di bawah satu program oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) yang mengutamakan khidmat kepada masyarakat. Untuk maklumat korang, program tersebut dinamakan sebagai Program CIMIC (Civil-Military Cooperation) yang merupakan aktiviti atau program kementerian bersama masyarakat dengan erti kata lain program membantu rakyat seperti contohnya melaksanakan penerbangan ihsan, rawatan kesihatan dan pergigian oleh doktor-doktor tentera kepada orang ramai, dan yang kini giat dilaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dalam bantuan pembinaan baru atau baikpulih rumah mereka yang memerlukan dengan kepakaran anggota tentera sendiri.

Program ini merangkumi aspek penting terutamanya dalam usaha pembinaan negara bangsa yang mampu menjamin keamanan dan mendepani pelbagai bentuk ancaman keselamatan masa kini. Jika dilihat, program ini masih berbaloi sebagai salah satu kaedah pengurusan keselamatan secara menyeluruh dan merupakan usaha berterusan yang seimbang demi mewujudkan persefahaman serta kerjasama erat di antara tentera dan orang awam. 

Kita ambil contoh macam yang dikatakan dekat atas tadi di mana ATM bantu ‘renovate’ rumah orang awam yang memerlukan. Untuk makumat korang, sebenarnya ada banyak bantuan baik pulih rumah yang KEMENTAH pernah uruskan di bawah Program CIMIC.

Contohnya pada bulan Oktober yang lalu, ATM telah mengaturgerak kepakaran Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bagi melakukan binaan rumah baru di Bachok, Kelantan dan membaik pulih kediaman penduduk yang usang bagi 20 buah rumah di sekitar daerah negeri Terengganu. 

Antara daerah yang diberi perhatian bagi kerja baik pulih ini adalah di Kuala Berang (2 buah), Kuala Nerus (5 buah), Setiu (5 buah), Dungun (3 buah), Marang (2 buah) dan juga Kuala Terengganu (3 buah). 

Tentera Malaysia

Kalau tengok gambar-gambar di atas, kita dah boleh agak hasil renovate rumah oleh abang-abang askar RAJD ni tidak pernah mengecewakan.

Mana tidaknya, mereka telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan melaksana bagi membaik pulih kediaman dengan meliputi aspek seperti:

Tentera Malaysia

Diam tak diam, sudah ada 44 projek repair rumah yang dijalankan oleh RAJD setakat ini (tahun 2023). Bukan itu sahaja, malahan ada juga projek lain yang RAJD lakukan iaitu baik pulih dewan (3) dan surau (7) serta pembinaan rumah baharu (1).  Secara keseluruhan, ada 55 projek di bawah Program CIMIC yang telah dikenal pasti.

Tentera Malaysia

Kalau korang nak tahu, strategi pertahanan pada masa ini bukan hanya bergantung kepada kekuatan ketenteraan itu sahaja. Malahan, ianya perlu mengabungkan pelbagai elemen yang boleh menyumbang kepada keutuhan dan kekuatan negara.

Bahkan, peranan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara ini harus dipikul bersama oleh rakyat Malaysia melalui pendekatan “Whole of Government”, Whole of Society” (WGOS).

Manakala ATM pula berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membantu kerajaan membina keupayaan pembangunan negara (nation building).

Korang perlu faham bahawa fokus utama program CIMIC ini adalah mewujudkan satu kerjasama yang bersifat efektif di antara masyarakat dan angkatan tentera. 

Kerjasama tersebut boleh dicapai dengan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan abang-abang tentera untuk turut bersama membantu memperkasakan pertahanan dan keselamatan negara selain mengurangkan tanggapan dan persepsi negatif.

Tentera Malaysia

Jelaslah, tugas angkatan tentera sememangnya bukanlah sekadar berperang mengangkat senjata semata-mata. Buktinya, banyak perkara yang mereka lakukan menerusi pelbagai khidmat masyarakat dalam Program CIMIC.

Diharapkan agar program ini diteruskan untuk memberi kepercayaan rakyat terhadap angkatan tentera selain pemahaman tugas mereka dalam membantu menjaga keselamatan negara.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang Program CIMIC, korang boleh ikuti akaun media sosial rasmi KEMENTAH di Facebook, X dan Instagram.

The post Laju Ja Siap, Ini Hasil Bila Abang Askar ‘Gempur’ Rumah Orang Awam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*