Uptown Kota Damansara Terbakar

uptown kota damansara terbakar

Uptown Kota Damansara Terbakar

Tular pada malam ini kejadian kebakaran dipercayai melanda sebahagian kawasan medan niaga Uptown Kota Damansara di media sosial sebentar tadi.

Berdasarkan tinjauan di laman X dan Facebook, beberapa warga maya dipercayai saksi di lokasi kejadian memuat naik rakaman kejadian dari lensa kamera masing-masing.

Menurut individu bernama Ray Zikrie di Facebook, beliau yang dipercayai merupakan salah seorang saksi yang berada di sana mendakwa kejadian berpunca daripada litar pintas.

“Kejadian baru sahaja berlaku di Uptown Kota Damansara akibat litar pintas. Baru nak opening busking.

“Bukan rezeki kami sahaja yang tergendala. Malahan peniaga turut terjejas. Allahuakbar. Api sangat cepat merebak,” katanya dalam hantaran malam ini.

Dalam pada itu beberapa pengguna Facebook lain turut sama memuat naik rakaman di lokasi kejadian.

“Uptown Kota Damansara terbakar. Jue dan kedai MP selamat. Gambar tu dari pandangan kedai mama,” kata Marliyana Makruf.

Dalam pada itu, pengguna bernama Syarifuddin Abd Rashid memuat naik beberapa klip rakaman di sana, kelihatan api marak menjilat sebahagian besar kawasan niaga.

“20 November 2023, kebakaran Uptown Kota Damansara, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesabaran kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Facebook

The post Uptown Kota Damansara Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*