Laman Web INSAN Tidak Boleh Diakses Dengan Paparan “Account Suspended”

laman web insan suspended

Laman Web INSAN Tidak Boleh Diakses Dengan Paparan “Account Suspended”

Laman web bagi Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) dilaporkan tidak boleh diakses dan mengeluarkan paparan ‘Account Suspended‘.

Beberapa pengguna media sosial, khususnya di Twitter juga berkongsi usaha mereka untuk mengakses laman web tersebut tidak berjaya.

Sebelum ini, skim insurans berkenaan mendapat perhatian warga maya apabila timbul beberapa isu berkenaan pendaftarannya.

MB Selangor sangkal dakwaan terdapat kebocoran data dalam pendaftaran polisi INSAN

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyangkal dakwaan berlaku kebocoran dan salah guna data rakyat negeri itu dalam melaksanakan polisi Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Amirudin menjelaskan data berkenaan ialah data awam yang boleh dibeli. Beliau turut menafikan dakwaan keuntungan daripada pelaksanaan polisi berkenaan telah digunakan bagi membiayai kempen pilihan raya sebelum ini.

“Apa yang berlaku, skim ini melaksanakan proses prapendaftaran dengan kita berhubungan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya SPR boleh mengemukakan data. Data itu merupakan data awam yang boleh dibeli dan kita mendaftarkan mereka sebagai prapendaftaran.

“Sebab itu bagi mereka yang telah mendapat (notifikasi) prapendaftaran ini, mereka boleh terus mengesahkan maklumat berkenaan pendaftaran tersebut dan barulah mereka akan terangkum di bawah sistem polisi INSAN,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Exco Khas di sini hari ini.

Namun, beliau berkata bahawa pihaknya akan meminta pihak pengendali sistem INSAN agar memberikan kenyataan berhubung perkara itu.

Mereka juga diminta untuk menjelaskan proses prapendaftaran itu dilakukan untuk memudahkan polisi tersebut dilaksanakan, tanpa perlu melakukan pendaftaran satu persatu.

“Kita akan mantapkan kawalan kita terutama jika berlaku pelanggaran terhadap data dan sebagainya, tetapi yang berlaku ini adalah prapendaftaran maknanya kalau tak nak tak perlu ambil polisi ini,” katanya.

Pada masa ini, Amirudin menjelaskan bahawa pihaknya akan mengetatkan kawalan untuk tidak membenarkan semua pihak mendapat akses untuk prapendaftaran polisi terbabit.

BACA: MB Selangor Nafi Kebocoran Data Dalam Pendaftaran Polisi INSAN

Sumber: Twitter Orang Ramai

The post Laman Web INSAN Tidak Boleh Diakses Dengan Paparan “Account Suspended” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*