SPM 2023 Bermula Pada 5 Dis Hingga 7 Mac 2024 – KPM

SPM 2023 5 Dis

SPM 2023 Bermula Pada 5 Dis Hingga 7 Mac 2024 – KPM

PUTRAJAYA  — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh KPM menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi hari ini.

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” maklum KPM.

Tarikh-tarikh peperiksaan SPM

Difahamkan, peperiksaan itu bakal dimulai dengan Ujian Amali Sains (5-7 Disember 2023), Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8-11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari 2024).

Diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari 2024. Sementara itu, Ujian bertulis akan bermula pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Gambar: KPM

Hari Tiada Peperiksaan

Walau bagaimanapun, calon diberikan pelepasan pada hari minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Manakala 10 hari lagi hari peperiksaan tidak dijalankan SPM melibatkan Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

BACA JUGA: Pelajar Cemerlang SPM Terima Tajaan Lesen Motor & Kereta

“Antaranya, Hari Krismas (25 Disember 2023), Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (14 Dan 15 Januari 2024), Hari Thaipusam (25 Januari 2024).

“Selain itu, Hari Wilayah (1 Februari 2024), Israk Mikraj (8 Februari 2024), Tahun Baharu Cina (10-12 Februari 2024) dan Pertabalan Sultan Terengganu (4 Mac 2024),” maklum KPM lagi.

Gambar: KPM

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan

Tambah KPM, bagi calon sekolah, pernyataan pendaftaran peperiksaan akan dicetak oleh pihak sekolah dan diedarkan kepada calon.

Manakala bagi calon persendirian pula, calon perlu memuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan atas talian di pautan sppat.moe.gov.my.

Gambar: KPM

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi KPM di talian 03-88843785/3787/3411/3114, atau menerusi e-mel khidmatbantu.lp@moe.gov.my dan Sistem Pengurusan Aduan Awam di moe.spab.gov.my.

Terdahulu, seramai 10,109 calon peperiksaan SPM 2022 berjaya mendapat keputusan cemerlang A, A+ dan A- dalam semua mata pelajaran.

BACA JUGA: Pelajar Cemerlang SPM Jaga Ibu Hingga Hujung Nyawa Sahkan Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

The post SPM 2023 Bermula Pada 5 Dis Hingga 7 Mac 2024 – KPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*