Lapar Sebab Tak Sarapan, Pengunjung Makan Pisang Dipamer Di Muzium Seni

pengunjung makan pisang

Lapar Sebab Tak Sarapan, Pengunjung Makan Pisang Dipamer Di Muzium Seni

SEOUL — Seorang pelajar di Korea Selatan dilaporkan telah memakan pisang yang dipamerkan pada dinding di Muzium Seni Leeum.

Pengunjung Makan Pisang

Memetik BBC News, kejadian itu dipercayai berlaku selepas pelajar itu mendakwa dirinya kelaparan akibat tidak bersarapan. Susulan itu, dia telah memakan pisang masak berkenaan sebelum menempelkan kembali kulitnya ke dinding.

Menurut laporan media, pihak muzium masih menempatkan buah tersebut di lokasi yang sama.

Pisang yang dilekatkan pada dinding muzium itu merupakan hasil karya Maurizio Cattelan. Ia telah dinamakan sebagai karya seni “Komedian” dan sebahagian daripada pameran Cattelan “WE”.

BACA JUGA: Tak Pernah Nampak, Macam Ni Rupanya Buah Pisang Kipas Bila Dibelah

Ketika ditanya oleh pihak BBC, pihak muzium bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes berkenaan. Pihak pengurusan hanya menjelaskan bahawa mereka tidak menuntut ganti rugi terhadap pelajar dari Universiti Kebangsaan Seoul itu.

Diganti Setiap Dua atau Tiga Hari

Menurut BBC, pisang yang dipamerkan itu diganti setiap dua atau tiga hari.

Kejadian itu juga dirakam oleh rakan pelajar terbabit dalam video berdurasi lebih seminit.

Dalam video berkenaan mendedahkan pelajar itu telah mengambil pisang pada dinding dan bertindak memakannya ketika tiada kelibat orang lain di kawasan itu.

“Merosakkan karya seni juga adalah seni, saya fikir ia menarik… Bukankah ia dilekatkan di sana untuk dimakan?” katanya.

Tambahan lagi, pemilik karya itu, Cattelan juga tidak mempunyai sebarang masalah terhadap isu itu. Bagaimanapun pelajar itu memohon maaf atas perlakuannya setelah kejadian tersebut terbongkar.

Kes Tarik Pisang Di Muzium

Untuk makluman, kes seperti itu bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku berhubung hasil karya seperti Cattelan.

Pada 2019, seorang artis persembahan telah menarik pisang dari dinding selepas karya seni itu dijual pada harga $120,000 (lebih RM535,000) di Art Basel di Miami.

Karya pisang itu bagaimanapun telah digantikan segera dan tiada tindakan lanjut diambil.

BACA JUGA: Padah Telan Pisang Dibaluti Kondom, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Usus Tersumbat

Sumber: BBC News

The post Lapar Sebab Tak Sarapan, Pengunjung Makan Pisang Dipamer Di Muzium Seni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*