Lebih 10 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Marang

rumah rosak dilanda ribut

Lebih 10 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Marang

MARANG, 18 Mei (Bernama) — Lebih 10 buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.

Seorang mangsa, Ambak Mohd, 79, berkata ketika kejadian pada 3.30 petang itu, dia bersama tiga ahli keluarga yang lain sedang berehat di rumah selepas makan tengah hari.

Ambak berkata tiba-tiba angin kuat membadai rumahnya menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.

“Waktu itu hujan tidaklah terlalu lebat, tetapi angin memang sangat kuat dan bunyi yang kuat agak menakutkan.

“Anak lelaki saya mengarahkan kami semua keluar dari rumah kerana bimbang bumbung tersebut akan menimpa kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.

Sementara itu persiapan rumah terbuka Aidilfitri anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad bersama masyarakat daerah Marang turut terjejas apabila lima khemah besar musnah diterbangkan angin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata selain khemah, pentas utama yang mengambil masa empat jam untuk didirikan juga runtuh dalam sekelip mata.

“Semua kerja pemasangan khemah dan pentas sudah selesai pagi ini (pagi semalam) kerana rumah terbuka Aidilfitri itu petang esok (hari ini).

“Daripada tujuh khemah yang ada, hanya dua boleh digunakan semula. Kami pun terpaksa mengerah lebih ramai tenaga untuk membina semula pentas dan khemah untuk majlis esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di tapak rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Padang Mengkuang.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada petugas yang cedera akibat kejadian tersebut.

“Ada beberapa petugas yang berada di tempat kejadian ketika ribut melanda, tetapi Alhamdulillah semuanya sempat lari dan berlindung di dalam masjid,” katanya.

Katanya, semua rumah yang rosak akan dibaiki segera dan bantuan bersesuaian diuruskan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pengkalan Berangan.

BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Sumber: BERNAMA

The post Lebih 10 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Marang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*