Bukan Saja-saja Reka, Ini Sebab Sebenar Bola Keranjang Ada Garisan Hitam & Fungsinya

Garisan Hitam Pada Bola Keranjang Sebenarnya Ada Fungsinya Tersendiri

Bukan Saja-saja Reka, Ini Sebab Sebenar Bola Keranjang Ada Garisan Hitam & Fungsinya

Bagi sesiapa yang sering mengikuti perkembangan semasa sukan, Liga Bola Keranjang Kebangsaan atau Liga NBA di Amerika Syarikat adalah salah satu sukan paling diikuti di seluruh dunia.

Ketinggian pemain yang rata-rata mencapat atau melebihi 2 meter dan bola ikonik oreng berbelang hitam adalah ciri-ciri unik yang ada pada permainan ini.

Begitupun, pernahkah anda terfikir, kenapa semua bola keranjang biasanya mempunyai garisan bewarna hitam?

Sekurang-kurangnya, dalam sukan bola sepak, setiap liga atau kejohanan ada bola rasmi yang tersendiri dengan rekaan pelbagai. Seperti di Piala Dunia, ada bola misalnya Jabulani, Brazuca, Telstar dan lain-lain lagi.

Setiap kali Piala Dunia dianjurkan, peminat bola sepak pasti ternanti-nantikan rekaan bola rasmi bagi setiap edisi.

Berbeza pula dengan Kejuaraan Dunia FIBA, rata-rata peminat bola keranjang tidak memberikan tumpuan terhadap rekaan bola keranjang yang kelihatan lebih kurang sama.

Rupanya, ada sebab di sebalik rekaan bola keranjang, lagi-lagi signifikan garisan yang ada pada bola tersebut. Sebuah bola keranjang yang standard perlulah memiliki permukaan yang menggerutu dan dibahagikan kepada lapan panel.

Lapan panel tersebut diasingkan menerusi garisan yang halus. Jika dilihat dari jauh, garisan halus ini telah memberikan karakter ‘sukan bola keranjang’ terhadap bola tersebut.

Sebenarnya, garisan tersebut bertujuan unutk memudahkan pemain

Menurut Basketball World, garisan pada bola keranjang ini adalah untuk memudahkan sukan ini dimainkan orang ramai.

Seperti bahagian menggerutu pada bola tersebut, rekaan alur pada bola itu memudahkan pemain untuk memegangnya.

Secara umumnya, permainan bola keranjang memerlukan pemain untuk bergerak di sekeliling gelanggang sambil melakukan dribble pada bola.

Ketika dribble, kawalan terhadap bola merupakan kunci utama dalam permainan ini. Garisan pada bola keranjang ini membantu pemain untuk memegang bola dan membawanya ke pelbagai arah.

Namun, apabila garisan tersebut sudahpun haus dan bola itu menjadi licin secara sepenuhnya, arah pergerakan bola menjadi sukar untuk dikendalikan.

Akhirnya kita dapat mengetahui fungsi garisan ini pada bola keranjang. Akan tetapi, pada awal penciptaan sukan ini, bola keranjang dimainkan dengan menggunakan bola sepak yang licin dia atas gelanggang lantai kayu keras yang digilap dengan menggunakan minyak.

Ketika itu, pemain mendapati bahawa antara untuk memastikan bola dalam genggaman dan menjaringkan bola tersebut ke dalam gol, kedua-duanya adalah sukar. Manakala, istilah dribbling belum diperkenalkan pada saat itu.

Semoga info ini menambah pengetahuan anda hari ini.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Mental Floss

The post Bukan Saja-saja Reka, Ini Sebab Sebenar Bola Keranjang Ada Garisan Hitam & Fungsinya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*