Lebih 10,000 Peserta Sertai Coway Run 2023 Di Dataran Merdeka

Raikan Kepelbagaian dan Kesejahteraan Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023 – Coway, syarikat Best Life Solution baru-baru ini telah berjaya menghimpun lebih 10,000 peserta dalam acara larian tahunannya, Coway Run. Bertemakan “Enter Our World”, Coway mengalu-alukan orang ramai untuk melangkah ke Coway’s World untuk mnegalami pengalaman yang menakjubkan dari perspektif Coway.

Coway Run merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia bagi membuktikan komitmen syarikat dengan cogan kata “Change Your Life” serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai.

Mengambil tempat di Dataran Merdeka yang merupakan salah satu mercu tanda paling bersejarah di Malaysia, Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi perlepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik.

Pertama, kami sangat teruja kerana dapat menganjurkan Coway Run 2023 di Dataran Merdeka yang ikonik, sebuah mercu tanda yang istimewa bagi semua rakyat Malaysia. Lokasi bersejarah kebanggaan ini pasti dapat membakar semangat dan juga menambahkan keseronokan di acara kami.

Kedua, ialah penambahan kategori larian 21km separuh maraton yang baharu untuk acara Coway Run kami. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.

Sempena ketibaan Hari Malaysia, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan platform yang membina hubungan, memupuk persefahaman dan meraikan kepelbagaian. Kami mengalu-alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira etnik, agama, umur atau latar belakang, untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti cergas dan menyeronokkan ini.

Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” akhiri Choi.

Larian 5km mesra keluarga tahun ini menampilkan halangan seperti terowong kabus, terowong penggelek dan labirin tilam yang diilhamkan daripada produk terkini Coway – Penyaman Udara Coway, Kerusi Urut Coway dan siri tilam premium.

Terowong pemercik air dan terowong angin yang mewakili penulen air serta udara Coway membantu menyejukkan badan para peserta dan membawakan pengalaman berlari yang menyeronokkan untuk para peserta.

Produk-produk Coway bersaiz besar, Water Café, gerai permainan interaktif disediakan untuk memeriahkan suasana. Ia juga diserikan dengan sesi temu dan sapa yang diatur khas dengan duta jenama Coway Malaysia – Mira Filzah dan selebriti – selebriti terkenal seperti Daniel Fong, Elizabeth Tan, Elyn Leong, Fattah Amin, Hun Haqeem, Jestina Kuan dan Soo Wincci.

Coway Run 2023 juga menyediakan ruang kepada peserta untuk memberikan impak positif kerana RM10 daripada hasil jualan setiap tiket akan didermakan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway. Coway sentiasa komited untuk mewujudkan sebuah dunia dimana manusia dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni.

Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.

Para peserta Coway Run 2023 telah mempamerkan semangat kesukanan dan keazaman yang luar biasa. Dalam kategori 21km Lelaki Terbuka Malaysia, M Zalghani Hazman Akmal telah berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 1 jam 16 minit dan 25 saat membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000.

Dalam kategori 21km Wanita Terbuka Malaysia pula, Chua Michelle mempamerkan daya tahan yang luar biasa, dan berjaya mengharungi cabaran dalam masa 1 jam 28 minit dan 15 saat sahaja dan memperoleh ganjaran wang tunai RM 1000.

Beralih ke kategori 10km Lelaki Terbuka Malaysia, juara, Nair Daren James telah berjaya melepasi garisan penamat dalam masa 32 minit dan 33 saat memenangi hadiah wang tunai RM 500. Sementara itu, dalam kategori 10km Wanita Terbuka Malaysia, Tan Joline muncul sebagai pemenang, menamatkan larian dalam masa 42 minit dan 39 saat membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.

Coway Run 2023 telah dijayakan dengan sokongan yang tidak ternilai daripada pelbagai penaja dan rakan kongsi Coway yang dihormati. Semua sumbangan produk dan baucar daripada mereka turut menyerikan lagi suasana dan membina motivasi semua peserta bagi menjadikannya satu acara yang pasti tidak akan dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Run 2023, sila layari www.cowayrun.com.my. Ketahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Coway Malaysia di www.coway.com.my.

The post Lebih 10,000 Peserta Sertai Coway Run 2023 Di Dataran Merdeka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*