Lelaki & Wanita Ditemui Maut, Terperangkap Dalam Stor

Seorang lelaki dan wanita maut

Lelaki & Wanita Ditemui Maut, Terperangkap Dalam Stor

Seorang lelaki dan wanita dilapor maut selepas terperangkap di dalam sebuah stor di kawasan pembinaan di Likas, Sabah.

Menurut Sinar Harian stor berkenaan merupakan tempat simpanan tong karbon dioksida.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mohammad Hannis Moktar berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 10.22 pagi tadi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Kota Kinabalu kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Menurut laporan terdapat dua mangsa lelaki dan wanita terperangkap dalam bilik simpanan tong karbon dioksida.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan sebaik pintu berjaya dibuka. Kedua-dua mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua masa sehingga kini masih tidak dapat dikenali pasti.

Menurut Sinar Harian, pasukan bomba kemudiannya telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Polis Tahan Dua Warga Pakistan Terlibat Kes Samun, Rogol

Terdahulu dalam berita berlainan, polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata, kedua-dua suspek ditahan di kawasan kaki lima kondominium Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pada pukul 8.30 malam Isnin lepas.

Beliau berkata suspek pertama berumur 29 tahun disyaki menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Dis lepas.

Manakala suspek kedua berumur 23 tahun disyaki menyamun dan merogol seorang wanita berumur 29 tahun di sekitar kawasan sama pada 14 Jan lepas.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini, beliau berkata telefon mangsa dilarikan dalam kedua-dua kejadian.

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392/397/376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan direman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki & Wanita Ditemui Maut, Terperangkap Dalam Stor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*