Raih Lebih 2 Juta Tontonan, Gadis Kongsi Cara Buat “Aircond” DIY

cara buat "aircond" diy

Raih Lebih 2 Juta Tontonan, Gadis Kongsi Cara Buat “Aircond” DIY

Seperti diketahui umum, negara pada ketika ini mengalami keadaan cuaca panas dan beberapa kawasan berada dalam tahap berjaga-jaga.

Akibat terdedah dengan musim panas ini, badan kita mengeluarkan banyak peluh dan mudah letih serta lesu. Mana tidaknya, musim panas sekarang bahangnya lain macam.

Kalau di rumah mungkin kita boleh cuba pelbagai cara untuk sejukkan badan kita, tapi bagaimana pula dengan pelajar? Lebih-lebih lagi yang tinggal di kolej atau rumah sewa yang tidak mempunyai penyaman udara.

Baru-Baru ini, pengguna akaun TikTok @teaforyou telah berkongsi cara membuat penyaman udara DIY yang telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dia telah menjelaskan dengan terperinci mengenai cara untuk membuat penyaman udara DIY tersebut. Ikuti perkongsian  di bawah.

BACA: Wanita Ini Ajar Cara Pemasangan ‘Ventilated Cat Litter Box’, Elak Rumah Berbau Najis Kucing

Cara Buat “Aircond” DIY

Bahan-Bahan:

Bekas Kotak polestrin

Kipas 

Ais

Garam

Botol mineral

Cara-cara : 

Cara buat benda ni senang je

Cara pertama, anda perlu sediakan bekas kotak polestrin, tujuan untuk meletakkan kipas diatas kotak tersebut

Kedua, lubangkan di kawasan atas penutup polestrin, Tujuan buat lubang ini untuk telengkupkan kipas di atasnya. Lubang yang dibuat tidak perlu sama ukuran dengan saiz kipas anda, cukup sekadar membolehkan kipas itu diletakkan di atas.

Selepas itu, buat lubanng pada bahagian tepi polestrin berukuran botol mineral, terpulang anda nak lubangkan berapa banyak. Tujuannya untuk mengeluarkan wap angin dari kipas ke dalam ruang botol ini. 

Kemudian, ambil botol mineral potong botol mineral pada bahagian tengah-tengah. Sesudah itu buat juga juga lubang pada hujung bahagian botol dan masukkanlah botol yang sudah dipotong ke dalam lubang di tepi kotak polestrin.

cara buat "aircond" diy

Seterusnya, tuang ais yang banyak ke dalam bekas dan selepas itu barulah taburkan garam di dalam ais tersebut. Kemudian, tutup bekas.

Langkah terakhir, letakkan kipas di atas bekas polestin secara melengkup dan pasang kipas tersebut.cara buat "aircond" diy

@ainxr7

terima kasih atas idea @danielltwoplus

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

@ainxr7

Replying to @usernotfound nah tutorial aircond diy B40 😂

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Memang sejuk, selamat mencuba !

Sumber: ainxr7

The post Raih Lebih 2 Juta Tontonan, Gadis Kongsi Cara Buat “Aircond” DIY appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*