252,000 Pengguna Terjejas, Tiga Daerah Di Kedah Alami Gangguan Bekalan Air 

kedah gangguan bekalan air

252,000 Pengguna Terjejas, Tiga Daerah Di Kedah Alami Gangguan Bekalan Air 

ALOR SETAR —  Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di tiga daerah di negeri itu sejak jam 7.25 pagi tadi.

Difahamkan, gangguan bekalan air itu melibatkan daerah Kuala Muda, Kulim, dan sebahagian kawasan di daerah Baling susulan kerosakan pintu barrage Sungai Muda hingga mengakibatkan penurunan paras sungai secara mendadak.

Maklum SADA, pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Petani, Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga paras air kembali stabil.

Berikutan itu, dianggarkan lebih 252,000 akaun berdepan isu gangguan air tidak berjadual.

Kawasan Yang Terjejas

“Antara kawasan yang dilaporkan mengalami gangguan itu termasuklah Sungai Petani, Bedong, Pantai Merdeka, Kulim, Lunas, Kuala Ketil, dan beberapa kawasan utama lain.” maklum syarikat air Kedah tersebut.

Tambah SADA, pihaknya bakal menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dan Bilik Gerakan juga telah diaktifkan serta-merta.

Keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan itu.

“SADA akan sentiasa bergerak seiring untuk melakukan pemantauan rapi ke atas paras Sungai Muda bersama Pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebagai badan yang berfungsi dan bertanggungjawab dalam mengawal selia dan membekalkan sumber air mentah kepada SADA.

“SADA memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengguna akibat gangguan bekalan air tidak berjadual ini dan langkah proaktif sedang giat dijalankan bagi mengatasi dengan kadar segera,” jelas SADA.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Empangan Air Itam Hanya Mampu Bertahan Hingga Akhir Jun

Dalam pada itu, info mengenai gangguan tersebut akan diberitahu dari semasa ke semasa menerusi platfrom Facebook dan TikTok Syarikat Air Darul Aman serta laman web rasmi SADA di www.sada.com.my.

“Pengguna juga boleh menyalurkan aduan atau pertanyaan menerusi talian 04-7408976 (Ibu Pejabat), 04-4216798 (Wilayah Kedah Tengah) dan 04-4846770 (Wilayah Selatan) selain daripada platform sedia ada iaitu Pusat Informasi SADA (SIC) di talian  hotline 1300-88-0017,” maklum SADA.

Sumber: SADA 

The post 252,000 Pengguna Terjejas, Tiga Daerah Di Kedah Alami Gangguan Bekalan Air  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*