Lelaki Berkerusi Roda Dengan Mesin Ventilator Turun Ke Jalanan Bersolidariti Untuk Palestin

Lelaki mesin ventilator palestin

Lelaki Berkerusi Roda Dengan Mesin Ventilator Turun Ke Jalanan Bersolidariti Untuk Palestin

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki cekal bersolidariti dengan menyertai perhimpunan menyokong Palestin sambil menggunakan mesin ventilator telah tular di media sosial.

Video perkongsian itu telah dikongsikan oleh pengguna laman X iaitu @NewsAlertsG pada pagi tadi.

Berdasarkan perkongsian video itu, lelaki itu dapat dilihat duduk di atas kerusi roda sambil berarak bersama peserta demonstrasi yang diadakan.

Lelaki yang lengkap berselimut itu turut meletakkan bendera kecil negara Palestin pada tiub mesin ventilator tersebut.

Mesin ventilator adalah sejenis alat yang digunakan untuk membantu pesakit atau mereka yang mempunyai masalah kesukaran pernafasan yang teruk.

Video perarakan demonstrasi itu dikatakan berlaku di Britain dan diadakan bersempena memberikan sokongan kepada Palestin.

Orang ramai juga turut dilihat memenuhi jalan sepanjang perarakan demonstrasi yang dijalankan itu.

“Seorang lelaki yang menggunakan ventilator turut turun ke jalanan untuk menyokong Palestin,” tulis muat naik tersebut.

Selain itu, peserta demonstrasi itu juga membawa dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada negara tersebut.

Meskipun tidak berada dalam keadaan yang sihat, semangat kemanusiaan yang ditonjolkan lelaki ini telah berjaya meraih perhatian ramai.

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ia telah mendapat lebih daripada 1,000 tontonan.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: X/@NewsAlertsG

The post Lelaki Berkerusi Roda Dengan Mesin Ventilator Turun Ke Jalanan Bersolidariti Untuk Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*