Uji peluru berpandu amaran kepada AS, Korea Selatan

SEOUL: Korea Utara dilaporkan menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) sebagai amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Peluru berpandu yang dilancarkan ke arah timur semenanjung Korea itu dilaporkan jatuh ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif perairan Jepun.

Lapor AFP, ia merupakan latihan mengejutkan yang berjaya menunjukkan kapasiti serangan balas nuklear maut Pyongyang ke atas musuh.

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan latihan pelancaran mengejut itu dilakukan pada pukul 8 pagi, Sabtu lalu.

Pada waktu itu, peluru berpandu Hwasong-15m, senjata yang pertama kali diuji oleh Korea Utara pada 2017, ditembak dari lapangan terbang Pyongyang.

Kepemimpinan Korea Utara bagaimanapun memuji ujian yang pertama di negara itu dalam tempoh tujuh minggu itu kerana menunjukkan kapasiti perang sebenar unit ICBM yang bersedia untuk membuat serangan balas mudah alih dan hebat.

Pelancaran itu adalah bukti sebenar negara itu mempunyai kapasiti membuat serangan balas nuklear maut ke atas pasukan musuh.

Penganalisis yang berpangkalan di AS, Ankit Panda memberitahu AFP, ujian hari Sabtu itu adalah penting kerana acara itu bukan ‘ujian’ tradisional, tetapi latihan.

“Kita seharusnya berharap untuk melihat latihan seperti ini,” tambahnya.

Bekas penganalisis ejen perisikan pusat (CIA) Korea yang kini bekerja di pengurusan firma perunding LMI, Soo Kim berkata, latihan itu nampak seperti Jong Un memberitahu AS dan Korea Selatan mengenai keupayaan peluru berpandu balistiknya.

“Senjata itu bukan untuk dipamerkan sahaja. Ini mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan sekutu,” katanya.

The post Uji peluru berpandu amaran kepada AS, Korea Selatan appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*