Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Roh Tentera Duduk Di Tugu Peringatan Perang Dunia

Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Roh Tentera Duduk Di Tugu Peringatan Perang Dunia

Satu rakaman video memaparkan satu kelibat yang dipercayai roh tentera sedang duduk di atas bangku bersebelahan tugu peringatan Perang Dunia Pertama di United Kingdom (UK) berjaya meraih perhatian ramai, lapor Ladbible.

Video itu dirakam oleh Josh Newton dan George Moore yang berusia 21 tahun ketika mereka sedang memandu melalui Northam, North Devon, pada 28 Disember lalu.

Josh mengeluarkan telefonnya untuk merakam tugu tersebut bagi memperingati mereka yang meninggal dunia dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, dengan harapan mendapatkan imej jelas berkenaan patung yang berada di tugu itu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagaimanapun, dia terkejut apabila terlihat satu lembaga seperti seorang lelaki sedang duduk di atas bangku dan mendakwa dia berjaya merakam entiti itu di telefonnya.

Gambar: Kennedy News and Media

Memetik Ladbible, video yang menyeramkan itu menunjukkan satu lembaga samar-samar yang sedang duduk di atas bangku di tepi tugu peringatan Perang Dunia Pertama.

Josh yang berasal dari Staines-upon-Thames di Surrey mengakui tidak mempercayai tentang kewujudan hantu tetapi kini telah mengubah perspektifnya selepas melihat lembaga tersebut.

Selain itu, Josh turut berkata bahawa dia dan rakannya kembali untuk melihat dengaan lebih dekat, tetapi tidak menemui sesiapa yang duduk di bangku tersebut.

Perkara itu menyebabkan mereka percaya bahawa lembaga berkenaan adalah hantu, lapor Ladbible.

“Ia kelihatan seperti susuk berkabus, pastinya ia seorang lelaki, mungkin ia adalah roh tentera,” kata Josh.

Menurut Josh, semasa dia melihat semula dengan lebih dekat, lembaga yang berada di sebelah kirinya itu telah hilang.

“Ketika kami pergi ke selekoh, ia hilang begitu sahaja. Saya yakin 100 peratus bahawa ia adalah hantu. Saya dapat lihat dengan mata kasar saya,” katanya.

Gambar: Kennedy News and Media

Tugu Peringatan Perang Northam mempunyai nama-nama tentera yang hilang antara 1914 dan 1919 serta antara 1939 dan 1945.

Sementara itu, keluarga dan rakan Josh yang bersikap skeptikal mengenai kewujudan hantu sangat tertarik dengan video tersebut dan mengakui bahawa mereka tidak pernah menyaksikan perkara sebegitu sebelum ini.

Josh pasti bahawa tiada sesiapa yang akan mempercayainya sekiranya dia tidak merakam video tersebut kerana ia tidak lebih daripada pandangan samar tanpa bukti untuk diperiksa.

Dengan adanya rakaman tersebut, Josh percaya bahawa hantu adalah nyata dan mereka telah berjaya mengesan melalui rakaman di telefonnya.

Sumber: Ladbible

The post Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Roh Tentera Duduk Di Tugu Peringatan Perang Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*