Pelakon Terkenal Tumbuk & Tendang Pengawal Keselamatan Didakwa Pagi Ini

Tumbuk & Tendang Pengawal Keselamatan

Pelakon Terkenal Tumbuk & Tendang Pengawal Keselamatan Didakwa Pagi Ini

Seorang pelakon popular yang ditahan berikutan didakwa melakukan perbuatan menumbuk dan menendang penghuni di sebuah kondominium di Segambut akan dihadapkan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kejadian didakwa berlaku pada 16 Jun tahun lalu di mana media melaporkan pelakon itu telah ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon yang juga mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium tersebut oleh pengawal keselamatan.

Kejadian tumbukan dan menendang didakwa berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan mula terjadi. Pelakon tersebut telah datang secara tiba-tiba sebelum bertindak memukul mangsa.

Berikutan kejadian terbabit, pelakon itu telah direman selama tiga hari dan kemudiannya dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Sumber: Astro Awani

The post Pelakon Terkenal Tumbuk & Tendang Pengawal Keselamatan Didakwa Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*