“Meh Sini…Meh Sini…”, Lambai-lambai Tangan, Pemuda Terkesima Sekali PM Betul-betul Datang

Pemuda Terkedu Tak Sangka PM Anwar Datang Mendekatinya Selepas Dipanggil

“Meh Sini…Meh Sini…”, Lambai-lambai Tangan, Pemuda Terkesima Sekali PM Betul-betul Datang

Sebagai rakyat marhaen, kita mungkin mempunyai impian untuk bertemu dengan mana-mana individu penting negara sendiri.

Individu penting dan terkenal ini boleh jadi selebiriti, atlet terkemuka ataupun pemimpin negara kita.

Kebiasaanya, individu-individu ini memiliki jadual yang sangat padat dan keselamatan mereka sentiasa dijaga oleh pengawal keselamatan khas.

Oleh sebab itu, tidak semua mampu bertemu atau mendekati personaliti-personaliti ini, walau untuk apa pun tujuannya.

Apabila disapa, kebanyakannya akan membalas semula sapaan daripada jauh sahaja, kerana ingin mengejar masa. Jadi, wajarlah orang awam tidak memasang impian terlalu tinggi untuk bertemu, apatah lagi bertegur sapa dengan VVIP ini.

Datang mendekatinya selepas dipanggil, tindakan Anwar menyebabkan pemuda terkedu

Namun begitu, sekumpulan pemuda nyata bertuah apabila dihampiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berdiri di satu kawasan.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter milik Mat Sekilau/Membalak (@apanakdikato), terdapat beberapa orang pemuda yang berada berdekatan dengan sebatang jalan yang dilalui Perdana Menteri.

Dalam video yang berdurasi 41 saat itu, Anwar telah diiringi oleh beberapa individu, dipercayai daripada Jabatan Perdana Menteri (PMO) serta beberapa anggota pasukan keselamatan.

Ketika berjalan laju ke lokasi seterusnya, salah seorang pemuda yang duduk berdekatan kawasan tersebut memanggilnya.

“Meh sini Meh sini,” kata pemuda tersebut, tanpa menzahirkan harapan yang tinggi untuk bersemuka dengan Perdana Menteri.

Ramai yang menyangka bahawa Anwar mungkin hanya sekadar menyapa dan melambaikan tangan dari jauh sahaja.

Namun, Perdana Menteri Malaysia tersebut bertindak ‘melencong’ dari laluan utama dan bergerak menuju ke arah pemuda-pemuda.

Sudah semestinya, pemuda-pemuda yang berada di kawasan tersebut terkedu dan tidak menyangka pemimpin negara Malaysia akan bertindak sedemikian.

“Alamak, datang pula.. dia (merujuk rakan yang memanggil) buat hal,”

Ketika bersemuka, Anwar memaklumkan beliau sedang menuju ke lokasi majlis untuk bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Sebagai konteks, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengehoskan majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada malam itu.

Selepas pertemuan yang singkat tetapi cukup bermakna itu, salah seorang pemuda yang berada di kawasan tersebut mengakui bahawa peluang bertemu dengan Perdana Menteri secara depan-depan adalah satu rezeki.

Sebelum ini, ketibaan Marcos bersama pasangannya Louise Araneta-Marcos di KLCC disambut Anwar serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.50 malam,

Kedua-dua pasangan kemudian dibawa naik ke tingkat 86 menara berkenaan. Mereka telah meluangkan masa menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari dek tinjau bangunan itu kira-kira 10 minit.

Memetik Bernama, mereka turut menghadiri majlis makan malam yang bertempat di tingkat 42.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

BACA: Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Sumber: apanakdikato via Twitter & Bernama

The post “Meh Sini…Meh Sini…”, Lambai-lambai Tangan, Pemuda Terkesima Sekali PM Betul-betul Datang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*