Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Psikatri

jurugambar wanita hospital bahagia

Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Psikatri

Mahkamah Majistret memerintahkan seorang bekas pereka sambilan yang didakwa atas pertuduhan menghendap seorang jurugambar wanita untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menurut Sinar Harian, lelaki itu menjadi individu pertama di negara ini yang didakwa atas pertuduhan tersebut.

Majistret, Sasha Diana Sabtu membuat keputusan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas agar tertuduh, (37) dihantar ke hospital itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh yang memakai kemeja berwarna hijau, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengganggu Acacia Mardiana Daud (31) secara berulang-ulang kali.

Lelaki tersebut didakwa menganggu mangsa dengan menggunakan akaun Twitter.

Tertuduh yang kini menganggur, dituduh sepatutnya sedar bahawa gangguan yang dibuatnya boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 507A (3) kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh. Hal ini disebabkan, lelaki tersebut telah melanggar jamin polis bagi satu kes di United Kingdom (UK).

“Dia telah ditangkap negara itu pada 4 April lalu dan diberi jaminan polis, yang mana dia sepatutnya hadir ke mahkamah di sana pada 2 Jun lalu.

“Bagaimanapun, tertuduh telah melanggar jaminan yang diberi dan melarikan diri ke Malaysia, sekali gus menyebabkan dia disenarai hitam oleh polis UK,” katanya.

Selain itu, beliau turut memohon kepada mahkamah agar tertuduh dibawa ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian.

Jelasnya, tertuduh sebelum ini telah dihantar oleh keluarganya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. Dia juga telah ditempatkan di wad psikiatri sejak 17 Julai lalu.

Dalam pada itu, Fithril Hatim Ab Jalil, peguam yang mewakili tertuduh, tidak menolak keputusan untuk menghantar tertuduh ke hospital terbabit.

Sasha Diana berkata, jumlah jaminan hanya akan diputuskan selepas pemerhatian di hospital tersebut selesai. Beliau juga telah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, peguam pemerhati, Jason Wee bagi pihak Acacia, membuat permohonan kepada mahkamah agar satu perintah perlindungan diberi kepada anak guamnya.

Permohonan yang dibuat dalam prosiding sama adalah untuk mengelakkan gangguan daripada tertuduh berlaku sekali lagi pada masa depan.

“Perintah ini perlu diberikan kepada anak guam saya kerana ia menyentuh isu keselamatan, memandangkan tertuduh sebelum ini dilaporkan pergi ke UK untuk melakukan kesalahan sama,” jelasnya.

Kemudian, Sasha Diana telah membenarkan perintah perlindungan diberi kepada mangsa sehingga kes ini selesai.

Terdahulu, mangsa telah  berkongsi berkaitan kisahnya diganggu seorang individu menerusi hantaran di media sosialnya.

Mangsa turut mendakwa kerap diganggu dengan pesanan berbaur lucah sehingga menyebabkan emosinya terganggu.

Bukan itu sahaja, pihak polis telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung gangguan seksual dalam talian yang dihadapi jurugambar wanita tersebut pada 2018.

BACA: Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Psikatri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*