Luqman Hakim Lakar Penampilan Sulung Bersama Yokohama SCC

luqman hakim penampilan sulung

Luqman Hakim Lakar Penampilan Sulung Bersama Yokohama SCC

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan telah melakar penampilan sulung di bumi Jepun bersama kelab baharunya, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) pada aksi Piala Levain, sebentar tadi.

Menerusi perkongsian  J-League Official (@J_League_En), ia memaparkan video Luqman yang menyarung jersi bernombor 13 itu sedang giat beraksi di atas padang, menentang kelab divisyen 2, Mito Hollyhock.

Dalam video tersebut, Luqman beraksi di sayap kiri dan dia juga dilihatkan sempat menggelecek beberapa pemain lawan.

Luqman diturunkan pada minit ke-77 menggantikan tempat Wakizaka Ryohei, selepas Koki Matsumura berhasil menjaringkan gol pada minit ke-67.

“Malam ini menandakan penampilan pertama buat Luqman Hakim Shamsudin.

“Memasuki permainan pada minit ke-77, pemain pertama Malaysia itu secara rasmi memulakan perjalanannya dengan Y.S.C.C Yokohama,” memetik ciapan tersebut.

Kemasukan Luqman dibuat adalah untuk membantu tuan rumah mempertahankan kelebihan satu gol yang dijaringkan oleh Koki.

Susulan itu, kelab tersebut mencipta kejutan selepas mencatat kemenangan 1-0 sekaligus layak ke pusingan kedua menentang wakil J-League 1, FC Tokyo pada 16 April ini.

Dalam perkembangan lain, Luqman dijangka akan menyertai skuad Malaysia B-23 dalam Piala Asia B-23 yang berlangsung di Qatar pada bulan April nanti.

Sebelum ke Jepun, anak kelahiran Kota Bahru itu sempat sertai Njarðvík FC secara pinjaman selepas kedua-dua kelab, dari Iceland dan Belgium bersepakat dengan kontrak selama setahun.

Sumber: @J_League_En/X

BACA: Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan

The post Luqman Hakim Lakar Penampilan Sulung Bersama Yokohama SCC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*