Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Suspek Yang Cuba Menyamunnya

lelaki kematian suspek menyamunnya

Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Suspek Yang Cuba Menyamunnya

Seorang lelaki berdepan dengan pertuduhan menyebabkan kematian salah seorang suspek yang cuba merompaknya, minggu lalu.

Menurut Sinar Harian, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pekerja kedai aluminium dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Siti Norhodayah Mohd Noor, tertuduh yang berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 29 tahun dengan melakukan satu perbuatan yang gopoh atau cuai yang tidak terjumlah dengan kesalahan mematikan orang dengan salah.

Tambah Sinar Harian, perbuatan berkenaan tersebut dilapor berlaku di belakang bangunan BSN Kuala Kedah, Kota Setar pada pukul 6.39 pagi, 19 Mac lepas.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan berdepan dengan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah.

Menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dan syarat tambahan

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, syarat tambahan juga diminta iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam tertuduh, Lim Wei Yong pula memohon tertuduh dikenakan ikat jamin yang rendah. Ini kerana tertuduh hanya memperolehi pendapatan sekitar RM1,200 sebulan dan perlu menyara seorang isteri serta seorang anak perempuan.

“Tertuduh juga disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan perlu mendapatkan rawatan berkala di hospital selain mempunyai kad rawatan,” ujar Lim Wei Yong seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Oleh itu, Majistret kemudian menetapkan ikan jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Seterusnya, mahkamah turut menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dua lagi tertuduh didakwa cuba merompak Boon Hau secara berkumpulan

Dalam perkembangan berasingan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, lelaki yang meninggal dunia bersama dua lagi rakannya didakwa atas kesalahan cuba merompak tertuduh secara berkumpulan.

Bagaimanapun, dua rakan lelaki yang meninggal dunia itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan  Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Menurut Sinar Harian, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama-sama cuba melakukan rompakan berkumpulan ke atas wang ringgi milik tertuduh di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah, pada tarikh serta waktu yang sama.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Selain itu, tiada jaminan ditawarkan terhadap mereka yang tidak diwakili peguma. Manakala mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes tersebut pada 28 April.

BACA: Lelaki Kongsi Perbezaan Kerja Offshore Dulu Dan Sekarang, Akui Perubahan Sekarang Terkesan Di Hati

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Suspek Yang Cuba Menyamunnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*